Brunei Darussalam

PDB rai pesara

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah meraikan seramai 92 orang anggota pangkat rendah yang bersara pada majlis yang berlangsung di Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam bersama isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).

Penguasa Kanan Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis antara lain merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota yang bersara atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan. Manakala itu, wakil anggota pangkat rendah yang bersara, Sarjan Mejar 1615 Bujang anak Datu dalam ucapan balas berkata, meskipun mereka tidak lagi berkhidmat dalam pasukan, mereka akan tetap berkerjasama dan memberikan buah fikiran kepada PDB.

Majlis menyaksikan tetamu kehormat majlis menyampaikan cenderahati kenangan kepada anggota yang diraikan.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pesara.

Football news:

Giress about the Best-2019 award: Mane should have been ahead of Messi
Lovestory Totti and Ilari Blasi: he dedicated goals to her in the Derby, she dissuaded him from moving to Real Madrid (and had a row with Spalletti)
Eric Djemba-Djemba: Pogba and Brunu would have sat in the reserves under Scholes and Keane
Klopp on the championship: I would never compare myself to Dalgliesh and Shankly
Dimitar Berbatov: Earlier it was about the championship of Manchester United, now it is about the top 4
Zidane wants to see Mane at Real Madrid, but the club cannot afford this transfer
Manchester United and Manchester City have made inquiries about Griezmann. Barcelona does not want to let him go