logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

1 lagi suspek kes sindiket kerja Kemboja direman

Seramai 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja sejak 11 Disember 2018, dibebaskan pada 15 Februari lalu. (Gambar Bernama)

KUCHING: Suspek yang paling dikehendaki berkaitan kes penipuan pekerjaan membabitkan 47 rakyat Malaysia di Kemboja awal tahun ini direman 4 hari mulai hari ini.

Permohonan reman ke atas lelaki berumur 26 tahun itu dibuat pegawai siasatan kes, Pricha Azin di depan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuching, Aida Montong pada 9.30 pagi tadi.

Suspek yang menaiki penerbangan dari Pontianak, Indonesia, ditahan sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching pada 11.45 pagi kelmarin bersabit 5 kertas siasatan kerana menipu 5 mangsa.

Sehingga kini, 23 individu terdiri daripada 18 lelaki dan 5 wanita tampil membuat laporan polis berhubung kes itu.

Semua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja itu tiba di tanah air pada 17 Februari lalu dan 40 daripadanya berasal dari Sarawak yang berusia 19 hingga 44 tahun.

Themes
ICO