Malaysia

203 kena tahan langgar SOP Covid-19

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, penahanan itu termasuk mereka yang menghadiri aktiviti kelab malam dan perjudian.

PETALING JAYA: Seramai 203 individu ditahan atas kesalahan melanggar arahan prosedur operasi standard (SOP) pada hari ke-150 perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, penahanan itu termasuk mereka yang menghadiri aktiviti kelab malam dan perjudian.

“Semalam 13 Ogos 2020, polis menahan 203 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 44 individu direman manakala 159 individu pula dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub atau kelab malam 5 orang, gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk 44 orang, premis tanpa lesen dan disyaki menjalankan aktiviti perjudian 37 orang.

“Tidak memakai pelitup muka 26 orang dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal 66 orang serta premis beroperasi lebih masa 25 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail turut memaklumkan, pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) semalam membuat pemeriksaan di 74 tapak binaan di seluruh negara membabitkan 62 anggota penguatkuasa.

“Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB mendapati 73 tapak binaan patuh SOP yang ditetapkan manakala 1 tapak binaan tidak patuh SOP dan diberi amaran,” katanya.

Football news:

Barcelona's Interest in Isak Increased after Koeman's appointment. Larsson has a high opinion of the player (Mundo Seportivo)
Manuel Pellegrini: When you play against Real Madrid and var, it's too much
PSV and Porto are Interested in Barcelona midfielder PUC. He doesn't want to leave the club
Puyol about Barcelona: If we want to win the championship, we need to perform very well
Schalke sacked Wagner. The team has not won the Bundesliga since January
Iacini on 3:4 with Inter: Even a draw would be an unfair result, given how many chances Fiorentina created
Ramos Pro 3:2 with Betis: the Referee tried his best and didn't do anything intentionally