Malaysia

Ahli Parlimen dakwa ‘campur tangan politik’ dalam agihan bakul makanan

Rina Harun berkata, pengagihan bakul makanan diselaraskan JKM dengan bantuan NGO dan pihak lain.

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen pembangkang mendakwa banyak keluarga memerlukan di kawasan Parlimen mereka tidak mendapat bakul makanan untuk golongan miskin ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) disebabkan “campur tangan politik”.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berkata, kekeliruan timbul kerana pengagihan bakul makanan diselaraskan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bantuan NGO dan pihak lain, tetapi tidak dilakukan melalui ahli Parlimen.

“‘Basis’ permohonan itu berdasarkan Parlimen, bukannya ahli Parlimen. Ini yang banyak timbul kekeliruan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Rina berkata, sebanyak 846,000 bakul makanan diagihkan di seluruh negara dalam tempoh PKP dan penyelarasan pengagihan bakul makanan penting kerana tidak mahu individu yang layak tercicir.

Beliau meminta ahli Parlimen menghantar senarai mereka yang tidak menerima bantuan itu ke kementeriannya.

Terdahulu, Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) berkata, terdapat campur tangan politik dalam pengagihan bakul makanan di kawasannya.

Beliau mendakwa sepucuk surat dari timbalan menteri pengajian tinggi mengarahkan semua bakul makanan diagihkan “wakil tertentu yang dilantik kerajaan persekutuan.”

Nurul Izzah memberitahu Rina, kementeriannya tidak patut membenarkan kementerian lain campur tangan tugasannya.

“Kita juga tak mahu ada campur tangan politik,” katanya.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) bertanyakan alasan untuk melantik penyelaras kerana ahli Parlimen mempunyai senarai penerima dan tahu keluarga yang paling memerlukan bantuan tersebut.

Hannah Yeoh (PH-Segambut) berkata, kementerian itu perlu mendapatkan maklum balas ahli Parlimen pembangkang kerana rakyat akan mencari mereka untuk mendapatkan bantuan.

Beliau bertanya Rina “kepada siapa bantuan itu disalurkan” dan menambah: “Kalau PKP dilaksanakan semula, tolong jangan berikan melalui parti politik, dapatkan bantuan daripada pembangkang juga.”

Dalam pada itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) membangkitkan isu peningkatan kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak dalam tempoh PKP, dan bertanyakan jenis bantuan yang diberikan kepada mereka.

Rina berkata, kementeriannya melalui Talian Kasih yang beroperasi sepanjang masa dan juga berkoordinasi perkara itu dengan Majlis Keselamatan Negara.

Kasturi Patto (PH-Batu Kawan) berkata, perkhidmatan Talian Kasih dihentikan selama 2 minggu (18 hingga 31 Mac), namun Rina menafikannya degan berkata, ia “tidak ditutup sampai 2 minggu”.

Beliau berkata, Talian Kasih menerima lebih 20,000 panggilan April lalu berbanding 4,000 panggilan sebulan pada kebiasaannya sebelum PKP dilaksanakan.

“Kenyataan itu tidak benar dan saya ada fakta berapa panggilan yang kita terima setiap hari,” katanya kepada Kasturi.

Football news:

Conte wants to sign Inter Gervinho from Parma
Robertson and Trent contributed 33 goals in the Premier League in 3 years - the best result among defenders
In Genoa, 14 cases of coronavirus after the match with Napoli. Neapolitans play Juve on October 4
In the Premier League had identified 10 new cases of coronavirus. Players and staff isolated
Mane scored for Arsenal. Sadio has 3 goals in 3 Premier League games
Lacazette scored after a mistake by Robertson. The forward has 3 goals in 3 Premier League games
Roy Keane: for Solskjaer, the honeymoon at Manchester United is over, the pressure will grow. Need a trophy