logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Aktiviti parti di masjid, Sultan Perak arah pemimpin Umno, PAS dan PH menghadap

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mengarahkan beberapa pemimpin parti politik di negeri ini menghadapnya susulan dakwaan segelintir pihak menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti parti.

Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir ialah Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu yang juga pengerusi PPBM Perak, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, dan Penasihat DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Turut hadir Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Menurut Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini pertemuan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Istana akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini Wanita Umno dan Wanita PAS Lumut dilapor mengadakan program di Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, manakala Pemuda Umno di Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan.

Selain itu, Surau Klebang Prima turut dilapor digunakan dengan memaparkan kain rentang tertera lambang Umno dan PAS, manakala pemimpin utama PAS dibawa ke Surau Al-Ittihad, Kampung Temiang.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO