DATUK Salleh Yusup
DATUK SALLEH YUSUP 

Penyakit tersebut merupakan gangguan iaitu sistem kekebalan tubuh menyerang saraf.

Anak Allahyarham Salleh, Muhammad Ali Imraan, 34, berkata, bapanya meninggal pukul 5.15 petang pada usia 64 tahun selepas empat tahun bersara daripada jawatan tersebut.

“Bapa telah dimasukkan ke PPUKM untuk mendapatkan rawatan penyakitnya itu sejak 14 Julai lalu.

“Jenazah telah dibawa pulang ke rumah di Jalan Ikhlas 9, Bandar Tun Razak, Cheras dan dijangka akan disolatkan di Masjid Saidina Osman Bin Affan sebelum dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras,” katanya di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Hazimah Mohd. Taib dan tiga orang anak, Muhammad Hafeez, 38, Muhammad Ali Imraan dan Siti Fatimah Zahraa, 26.

Allahyarham Salleh yang juga merupakan Pengerusi Masjid Saidina Osman Bin Affan bersara wajib pada Januari 2014 dan berkhidmat selama 35 tahun bersama sembilan Datuk Bandar Kuala Lumpur sepanjang kerjayanya dengan DBKL. – UTUSAN ONLINE