Menurut polis, bot tersebut dalam perjalanan antara dua kampung nelayan di barat negara itu terbalik berikutan lebih muatan dan cuaca buruk.

“Setakat ini, kami menemukan lapan mayar... sekitar 15 orang hilang dan unit marin telah berada di lokasi kejadian namun dijangkakan tiada lagi yang selamat,” katanya Jurucakap Kawasan Wilayah, Julius Allan Hakiza.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan di Fofo, Baker Ogen memberitahu, tragedi itu mengorbankan 30 orang.

“Bot membawa lebih muatan dengan lebih 60 orang namun hanyan 32 selamat,” ujarnya.

Pada Disember 2016, sekurang-kurangnya 30 pemain pasukan bola sepek kampung dan peminat lemas apabila bot dinaiki terbalik di Lake Albert ketika berparti. - AFP