Portal Utusan Borneo melaporkan, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi dijalankan hasil maklumat dan risikan anggota Unit Risikan Marin (URM) PPM Sandakan.

“Dadah terbabit ditemukan semasa pemeriksaan dijalankan. Kesemua dadah termasuk sebuah bot laju berserta seunit enjin dirampas.

“Turut ditahan dua lelaki warganegara Filipina berusia 38 dan 12 tahun yang disyaki sebagai pemilik dadah terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamad Pajeri, kes akan disiasat mengikut Seksyen 39(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan dan pengedaran dadah diminta menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - UTUSAN ONLINE