Bekas pengendali Chelsea itu sah membimbing Juventus pada Ahad lalu, dengan kontrak selama tiga tahun.

Dalam sidang akhbar di Stadium Allianz, pengendali berusia 60 tahun itu menyentuh tentang persediannya bagi mengekalkan dominasi mereka di Itali termasuk di pentas Eropah musim depan.

Bercakap tentang kunci dalam skuadnya, Sarri mendedahkan Dybala dan Costa berada dalam pelannya, termasuk Cristiano Ronaldo, meskipun terdapat khabar angin menyatakan Manchester United berusaha untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka.

“Jika anda mempunyai pemain yang berkualiti seperti Paulo dan Cristiano, mereka boleh bermain dengan pelbagai peranan. Apa yang boleh berubah hanyalah tafsiran daripada peranan itu.

“Saya ada bercakap dengan dua tiga pemain sebelum memulakan musim baharu, dan bertukar pendapat, membuat perbandingan dan memahami cara mereka berfikir, termasuk perwatakan.

“Anda perlu memulakan dengan pemain berbakat yang boleh membuat perubahan besar seperti ROnaldo dan Douglas dan mempengaruhi sekeliling,” katanya.

Sarri kebiasaannya dengan Higuain, telah membawa pemain itu ke Chelsea secara pinjaman dari Juventus dalam kempen 2018-19, bergabung semula di England selepas masing-masing berpisah dari Napoli.

“Saya gemarkan Higuain, anda semua tahu. Tetapi terpulang kepadanya, saya rasa.

“Saya akan dengar kata kelab ini, yang tahu lebih mendalam tentang pemain daripada saya, kerana ia akan menjadi kurang menghormati jika saya terus mengeluarkan pendapat saya.

“Dia adalah pemain Juventus, dan apabila dia kembali ke sini, saya akan bercakap dengannya. Gonzalo adalah penyerang yang memiliki kualiti teknikal, boleh bermain dengan sesiapapun,” jelas Sarri.- AGENSI