Sepanyol memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan menundukkan Norway 2-1, hasil sepakan penalti Sergio Ramos pada minit ke-71.

Juara Eropah 2008 dan 2012 itu bagaimanapun kerap mensia-siakan peluang terhidang dan ia menyebabkan Joshua King berjaya menyamakan kedudukan dalam perlawanan itu.

Keputusan menentang Norway itu menjadi penanda aras bahawa Sepanyol mengalami masalah untuk mencari penyudah klinikal di hadapan pintu gol tetapi Enrique menafikan perkara itu.

“Perdebatan mengenai kurang jaringan sudah sampai kepada saya.

“Kami menjaringkan 19 gol dalam tujuh perlawanan purata 2.7 gol untuk satu perlawanan. Barcelona memiliki purata 2.6 gol dan mereka berada di puncak La Liga, jadi kami tidak begitu teruk.

“Kami bermain lebih baik (menentang Norway) berbanding ketika menang 6-0 ke atas Croatia, September lalu. Kurang kesilapan, tekanan tinggi,” katanya.-AGENSI