Malaysia

Hutang tinggi bersifat sementara, boleh diurus, kata BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia Shamsiah Mohd Yunus berkata, Malaysia tidak pernah berdepan masalah dalam pelunasan hutang, terutamanya hutang berdenominasi ringgit.

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan had statutori hutang negara sehingga 60% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55% pada masa ini adalah bersifat sementara dan boleh diuruskan oleh kerajaan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BMM) Shamsiah Mohd Yunus berkata, peningkatan tahap hutang semasa krisis bukanlah sesuatu yang baru kerana Malaysia menghadapinya sebelum ini.

Mengimbas kembali, nisbah hutang berbanding KDNK Malaysia ialah 80.7% pada 1990 sebelum jatuh kepada 31.8% pada 1997.

Ia kemudiannya mengukuh kepada 41.4% pada 2001 dan meningkat kepada 52.8% pada 2009 dan nisbah itu kekal melepasi 50% dari tahun 2009 hingga 2018.

“Kenaikan ini bersifat sementara dan bank serta kerajaan mempunyai kemampuan. Kadar faedah kita turun, pinjaman kini jauh lebih murah, maka, kesan nisbah pembayaran hutang juga akan menjadi lebih rendah,” tambahnya.

Beliau berkata, Malaysia tidak pernah berhadapan masalah dalam pelunasan hutang, terutamanya berdenominasikan ringgit.

“Kita tidak ada hutang tukaran asing dan sekiranya ada, ia akan mendedahkan negara kepada hutang yang tinggi kerana nilai mata wang menyusut,” kata beliau.

Beliau berkata, kejutan permintaan dan penawaran berikutan pandemik Covid-19 ialah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Jadi, perlukah kita berpegang kepada keperluan untuk berhutang dan terus menerus menjejaskan ekonomi serta mengekang kemampuan ekonomi? Itu akan lebih merosakkan dalam tempoh jangka panjang.

“Maka, apa yang penting sekarang ialah memelihara ekonomi sebaik mungkin dan menaikkan had statutori hutang adalah langkah bijak daripada membinasakan kapasiti ekonomi, hanya kerana kita mahu mengekalkan paras hutang,” kata beliau.

“Paling mustahak, ia digunakan untuk apa? Adakah digunakan untuk sesuatu yang produktif dan memberikan jaringan keselamatan sosial tambahan kepada sektor yang lemah, iaitu langkah yang tepat. Maka, memang patut kita naikkan had hutang itu.

Bank pusat hari ini mengumumkan penguncupan 2 digit, iaitu 17.1% pada suku kedua 2020.

Antara sektor yang menyumbang kepada penurunan prestasi, terutamanya untuk bulan April, termasuk perdagangan runcit, eksport dan indeks pengeluaran perindustrian.

Minggu lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengusulkan untuk menaikkan had statutori hutang sehingga 60% daripada KDNK berbanding 55% pada masa ini.

Dibentangkan untuk bacaan pertama ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat minggu lepas, beliau berkata, cadangan itu, antaranya ialah menaikkan had statutori hutang.

Peningkatan jumlah hutang itu adalah bagi membiayai defisit yang turut mengambil kira pelaksanaan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan langsung fiskal, jelas beliau.

Football news:

Neuer on winning the German super Cup: scoring 3 goals is always impossible. Fortunately, Kimmich scored
Vasin's agent that the ex-coach of Khimki Gunko refused the player: I don't know anything about it. Maybe he was offered a taxi driver
Shomurodov will sign a 4-year contract with Genoa. Medical check - up-on Friday
Vinicius was offside, but the ball was last touched by a Valladolid defender. Ex-referee Andujar Oliver on Real Madrid's goal
Muller is the most decorated German in history. Won the 27th trophy and overtook Schweinsteiger
Pep Guardiola: city are still far from their best form. We have dropped 10 players
Zidane on Jovic's future: anything can happen. I can't say anything until the window closes