logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Jangan biarkan polis berkorban dalam keadaan kebajikan tak terbela, kata yayasan

Lee Lam Thye berkata kesejahteraan dan kebajikan polis elemen penting dalam memastikan anggota menjalankan amanah dengan baik dan berintegriti.

KUALA LUMPUR: Polis tidak harus dibiarkan berkorban untuk keselamatan dan keamanan negara tanpa pembelaan secukupnya, terutama aspek kesejahteraan dan kebajikan mereka, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Lee Lam Thye.

Lee berkata, aspek-aspek itu elemen penting dalam memastikan anggota polis menjalankan amanah dengan baik dan berintegriti.

“Sungguhpun kita harap semua anggota polis menjalankan tugas secara integriti, saya juga cadangkan dari semasa ke semasa, aspek kebajikan, kesejahteraan, gaji, elaun dan keadaan kuarters diberi perhatian.

“Dalam keadaan anggota polis diminta bergerak ke sana dan sini, tetapi kalau soal tempat tinggal tidak terjaga, ini boleh menjejaskan prestasi mereka,” katanya sewaktu ditemui di program Ukhwah Wesak Harmoni sempena Ramadan di Brickfields hari ini.

Lee berkongsi pemerhatiannya ketika melawat kuarters-kuarters polis berpangkat rendah sebelum ini, dan menggesa aspek penyelenggaraan kuarters dipertingkatkan.

“Kalau mahu mereka menjalankan tugas dengan baik, pastikan keadaan keluarga anggota polis dalam keadaan baik dahulu. Hal ini kerana, dalam menjaga keamanan negara, mereka juga perlu menjaga ahli keluarga,” katanya.

Pada masa sama, Lee turut menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang menekankan usaha menambah baik mutu perkhidmatan polis, prestasi penguatkuasaan undang-undang, disiplin dan komitmen anggota.

Beliau mengulas peringatan Hamid pada anggota dan pegawai polis supaya menghentikan hubungan dengan sindiket judi dan maksiat.

“Saya tidak mahu lakukan perbandingan antara ketua polis baru dan lama, namun tidak dapat dinafikan selama polis menjalankan tugas, soal integriti antara perkara yang harus diberikan tumpuan,” katanya.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO