logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Khashoggi: Trump mahu pakatan dengan Saudi kekal

Trump berkata, laporan penuh AS berhubung kematian Khashoggi dijangka siap dalam tempoh 2 hari lagi. (Gamabr AFP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu mengekalkan pakatan sedia ada dengan Arab Saudi, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian pada Ahad selepas diberikan penerangan mengenai pita rakaman kes pembunuhan wartawan merangkap penulis Washington Post, Jamal Khashoggi.

“Saya tidak mahu mendengarnya, tiada alasan untuk saya berbuat demikian. Saya tahu semua kandungannya tanpa perlu mendengarnya,” kata Trump kepada Fox News.

Jabatan Perbendaharaan dan Kawalan Aset Asing AS pada Khamis mengenakan sekatan ke atas 17 individu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan pembunuhan Khashoggi.

“Anda lihat kita mengenakan sekatan besar-besaran ke atas sekumpulan warga Arab Saudi. Tetapi pada masa sama, kita masih mempunyai pakatan dan mahu kekalkannya kerana selama ini ia berjalan dengan baik,” tambah presiden AS itu.

Trump berkata pada Sabtu laporan penuh AS berhubung kematian Khashoggi dijangka siap dalam tempoh 2 hari lagi.

“Kami akan keluar dengan laporan keseluruhan mengenai siapa menyebabkannya dan melakukannya,” kata Trump.

Khashoggi, 59, hilang sejak kali terakhir memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, wartawan itu terbunuh dalam “pergaduhan” di konsulat. Seramai 18 suspek kini ditahan.

Themes
ICO