Malaysia

‘Kingmaker’ atau tak berguna? Penganalisis berbeza pendapat berhubung parti Anifah

Presiden PCS Anifah Aman pada sidang media di Kota Kinabalu Isnin lalu.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berbeza pandangan tentang impak Parti Cinta Sabah (PCS), yang kini dipimpin bekas menteri luar negeri, Anifah Aman, pada pilihan raya negeri akan datang.

Bulan lalu, bekas orang kuat Umno itu mengambil alih tampuk parti itu, yang disebut-sebut sebagai pesaing yang dijangka menang beberapa kerusi kerana pengaruh dan kalibernya.

PCS mengimpikan untuk membentuk kerajaan negeri selepas ini. Walaupun buat masa ini lebih gemar mendekati pilihan raya dengan cara tersendiri, dipercayai parti itu terbuka untuk berkolaborasi.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung, bagaimanapun, merasakan walaupun Anifah menjadi faktor penarik, PCS masih perlu bekerjasama dengan pihak lain untuk benar-benar memberikan impak.

“PCS dianggap sebagai sebuah parti baru selepas penjenamaan semula. Masa tidak berpihak kepada mereka kerana tiada siapa menjangkakan pilihan raya negeri tiba-tiba itu,” katanya kepada FMT.

“Saya percaya beberapa calon mereka boleh menang kerusi yang ditandingi berdasarkan kelebihan masing-masing tetapi sebagai sebuah parti, saya meragui PCS ada sokongan akar umbi yang kuat yang diperlukan untuk ambil alih kerajaan.

“Mereka perlu sekutu. Sukar jika mereka bersendirian.”

PCS, yang dikenali sebagai parti Kadazan Dusun Murut (KDM), diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) pada 2013.

Sebelum ini, ia dipimpin bekas timbalan ketua menteri Sabah Wilfred Bumburing, yang kini timbalan presiden parti.

Parti itu menjalani proses penjenamaan semula sejak akhir bulan lepas dalam usaha untuk dikenali sebagai parti berbilang kaum. Ini termasuk mengubah namanya kepada Parti Kesedaran Rakyat Sabah, namun masih menunggu kelulusan JPPM.

Sementara itu, Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah percaya PCS boleh menjadi “kingmaker” sekiranya bersendirian pada pilihan raya.

“Ini bergantung pada keputusan pilihan raya. Kalau mereka bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada yang disebut sebagai ‘gabungan’, maka DUN tergantung tidak akan berlaku.

“Kalau mereka tetap bebas, mereka boleh jadi penentu,” katanya, dan menambah parti lain seperti Perikatan Nasional (PN) gabungan STAR dan PBS juga boleh jadi penentu jika mereka bukan sebahagian mana-mana pakatan politik.

Bagang, bagaimanapun, akui masih terlalu awal untuk meramalkan prestasi PCS.

“Walaubagaimanapun, dengan PCS sertai pilihan raya, saya rasa parti itu boleh memecah undi. Banyak parti kecil menyatakan hasrat untuk bertanding juga.

“Apa pun, ini akan menjadi ujian litmus untuk PCS bawah kepemimpinan Anifah kerana mereka dapat dilihat sebagai kuasa ketiga.

“Saya percaya cabaran yang lebih besar adalah bagaimana PCS dapat meyakinkan pengundi mereka lebih baik daripada Warisan, Pakatan Harapan, Umno dan parti-parti lain yang bertanding,” katanya.

Tambah Bagang, peluang mereka bergantung pada pilihan calon dan kerusi.

Football news:

De Paul about Messi: you will go to war for such a captain
Giggs on bale at Tottenham: Now we can see him play every week
Tottenham loan Vinicius from Benfica. He was the top scorer last season in Portugal
Hudson-Audrey wants to move to Bayern. The club has been trying to sign him since January 2019
Neuer on winning the German super Cup: scoring 3 goals is always impossible. Fortunately, Kimmich scored
Vasin's agent that the ex-coach of Khimki Gunko refused the player: I don't know anything about it. Maybe he was offered a taxi driver
Shomurodov will sign a 4-year contract with Genoa. Medical check - up-on Friday