logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia
An article was changed on the original website

Madah rakan mangsa tragedi yang terhumban ke laut menyayat hati

Sahabat kepada Moey Yun Peng, mangsa yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang selepas terlibat dalam kemalangan ngeri mengutus, sebuah madah berkongsi kesedihan di atas pemergian sahabatnya itu.

Ah Yeoh atau Rui You menulis mesej berupa puisi di ruangan Facebook miliknya dengan mempersoalkan takdirnya yang terlalu pendek dan mendoakan kebahagiaan rakannya di dunia lain.

Surat Rui You yang ditulis dalam bahasa Mandarin turut mendapat perkongsian dari orang ramai yang ternyata pilu denan pemergian remaja yangbaru berusia 19 tahun itu.

Menurut laporan, Moey dan Rui Yong adalah sahabat baik di sekolah.

Di bawah adalah surat Rui yang dialih bahasa ke dalam bahasa Inggeris:

[1999-2019]

“Rest well, Moey. 
Yun Peng ah, Yun Peng…Didn’t we agree to meet up for tea over the new year?
Why….you….
We know you tried your best….
You tried your best to open the car door….
But you were no match for the water pressure….

It wasn’t your fault; you’re not wrong.
It is the fault of the driver who drove while under the influence of marijuana!
The law will definitely seek justice for you!
19 years is such a short time; you died in your prime.
One night was all it took for a life to disappear…

You were kind-hearted, cheerful and helpful….
My heart aches….
Thank you for the laughter you brought into our lives.
The way you look when you laugh guilelessly will be forever seared in my mind.

I wish you good health and happiness in the next world.”

“Berehatlah wahai, Moey
Yun Peng ah, Yun Peng… Bukankah kita bersetuju untuk berjumpa minum petang sempena tahun baru?
Kenapa kamu…
Kami tahu kamu cuba yang terbaik…
Kamu cuba sedaya upaya untuk membuka pintu kereta…
Tetapi kamu tidak cukup kuat melawan tekanan air…

Ia bukan salah kamu, kamu tidak bersalah.
Ia kesalahan pemandu yang memandu ketika di bawah pengaruh marijuana!
Undang-undang pasti akan mencari keadilan untukmu!
19 tahun sangat singkat; kamu pergi pada usiamu yang masih muda.
Dalam satu malam, sekelip mata kami kehilangan mu…

Kamu sangat baik, ceria dan suka membantu…
Hati saya sangat sedih…
Terima kasih atas semua kenangan gelak tawa yang kamu bawa dalam kehidupan kami.
Wajah ceria kamu tidak akan kami lupakan dan ianya akan kekal berada dalam minda selamanya.

Saya berharap kamu tenang dan gembira dalam dunia seterusnya.”

Rui tamatkan penulisannya dengan hashtags

#TreasureThePeopleInFrontofYou #DriveSafely #TryNotToStayOutLate

Posting beliau di Facebook menerima lebih daripada 22,000 reaksi dan 5,400 perkongsian.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita yang menyentuh hati kematian seorang remaja berusia 20 tahun yang terbabit dalam kemalangan di km 4.0 Jambatan Pulau Pinang.

Identiti pemandu SUV yang dilanggar sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20 dipercayai balik dari Seberang Perai selepas menyambut hari jadi seorang rakannya.

Laporan menyatakan pemandu Toyota Vios berumur 21 tahun adalah juga kawan Moey.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO