Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, rampasan bernilai masing-masing RM3,082 dan RM2,740 itu merupakan hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasa ke atas konsainan buah-buahan yang diimport dari Bangladesh.

“Perbuatan mengimport buah-buahan segar serta tanaman tanpa Import Permit yang sah daripada Maqis merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3), akta sama.

“Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Dr. Tarmisal berkata, Maqis turut merampas 66 bungkusan rumpun pokok hiasan yang diimport daripada Thailand tanpa import permit, hari sama.

Kesemua konsainan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Maqis sentiasa memantau pintu masuk negara bagi memastikan buah-buahan dan tumbuhan yang dibawa masuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE.

habis//