Malaysia

Matta gesa kerajaan lanjut tempoh moratorium sektor pelancongan

Kerajaan menganggarkan industri pelancongan dan budaya mengalami kerugian bernilai RM45 bilion dan kira-kira 1 juta hilang pekerjaan tahun ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menggesa kerajaan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman selama 6 bulan lagi bagi industri pelancongan memandangkan sektor ini merupakan antara penyedia pekerjaan yang utama dan penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Matta menerusi kenyataan hari ini berkata, industri pelancongan dan perjalanan terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 dan kajian menunjukkan ia hanya akan pulih daripada krisis semasa jauh lebih perlahan daripada sektor lain dalam ekonomi Malaysia.

Tambahan pula pada 6 Julai lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi kenyataan bahawa industri pelancongan memerlukan 4 tahun untuk pulih, menurutnya.

“Ramai peserta pelancongan mengalami kemerosotan pendapatan sejak Mac 2020 susulan kemelesetan dan pengangguran.

“Bergantung semata-mata kepada pelancongan domestik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan dan individu yang berkerja dalam industri ini,” kata presiden Matta, Tan Kok Liang.

Beliau berkata, ketidakmampuan industri untuk membayar semula pinjaman mereka disebabkan oleh peraturan yang ketat dan permintaan lemah.

Peminjam individu yang bekerja dalam industri hospitaliti dan pelancongan juga harus diberi lanjutan moratorium 6 bulan lagi kerana ramai yang menghadapi pemotongan gaji, cuti tanpa gaji atau diberhentikan.

“Ramai yang tidak memiliki kemampuan untuk membayar balik pinjaman mereka dalam keadaan tertekan dan kadar pengangguran meningkat dengan cepat,” katanya.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menganggarkan kerugian yang dialami oleh industri pelancongan dan budaya bernilai RM45 bilion dari segi perbelanjaan pelancongan dan kira-kira 1 juta pekerja dalam industri pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan mereka tahun ini.

Football news:

The Bayern coach who destroyed Barca. He was on Lev's staff at 7:1 in Brazil
Barcelona offered Pochettino a 1+1 contract. The club is in contact with Allegri and Henri
Call me Neptune. Ronaldo dived to a depth of 14 meters
Abidal may be dismissed from Barca after Setien. He supports the coach even after 2:8 from Bayern
The city has finally raised a star of its own. Pep calls foden the main talent of his life and is looking for an optimal position for Him
Emre belezoglu finished his career at the age of 39
Barcelona has spent almost a billion euros on transfers over 5 years. That's who the money went to