logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
o
q
y
Nothing found
ICO
starBookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Menteri sukan Sabah meninggal dunia

Adun Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Tawfiq-Abu-Bakar

Gambar Facebook

TAWAU: Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 11.57 malam tadi.

Pemergian Tawfiq yang berusia 56 tahun itu disahkan adiknya, Faridah ketika dihubungi Bernama hari ini.

Faridah berkata, abangnya menjalani rawatan kesihatan serta pembedahan akibat kanser usus di hospital tersebut sejak lapan bulan lalu.

“Jenazah abang akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini untuk dikebumikan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi adik Tawfiq, Datuk Nizam, dalam kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp meminta semua mendoakan untuk abangnya.

Tawfiq meninggalkan seorang isteri Datin Sharifah Rahmah Syed Ali, 7 anak terdiri daripada 4 lelaki dan 3 perempuan serta 5 cucu.

Tawfiq yang juga ketua Umno Tawau kali terakhir turun padang bertemu penduduk kawasan DUN Apas di Tawau pada 25 Feb lepas dalam program bersama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman di Kampung Membalua.

Dalam ucapannya yang menyentuh hati, Tawfiq menyuarakan kerisauannya tidak sempat bertemu rakyat, namun tetap mengingatkan semua agar mengundi parti dan bukan kerana individu.