Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, serbuan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Kudat di sebuah rumah tidak bernombor pada pukul 7.30 malam.

“Dalam serbuan tersebut, kita menemukan 8,160 tin dan 2,460 botol kecil serta besar dalam rumah yang dijadikan stor penyimpanan.

“Tiada tangkapan dibuat kerana hasil daripada pemantauan yang dibuat oleh pasukan serbuan selama dua hari tidak menemui sebarang Individu yang memasuki atau berada di kawasan rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Pajeri, rampasan tersebut berjaya mematahkan penyeludupan dan pengedaran minuman keras tidak bercukai di daerah Kudat, Sabah.

Tambahnya, rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE