Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata, mangsa yang berusia 45 tahun mati akibat cedera parah di kepala dipercayai terkena peluru senapang buatan sendiri.

Menurutnya, mangsa keluar berburu bersama seorang rakannya pada pukul 1.30 petang kelmarin dengan membawa senapang.

"Mangsa memanjat pokok untuk menunggu binatang manakala rakannya menunggu di perahu. Bagaimanapun, kira-kira pukul 12 tengah malam, rakannya mendengar bunyi tembakan dari arah mangsa dan terus bergegas naik ke darat untuk melihat apa yang ditembak oleh mangsa.

"Apabila tiba, rakannya terkejut melihat mangsa terlentang di atas tanah dengan kesan tembakan di muka," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Ujar Chong Chern, .ayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

"Laporan polis telah dibuat oleh rakan mangsa dan siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari atas pokok menyebabkan senapangnya meletup lalu tertembak diri sendiri.

“Siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah dan senapang buatan sendiri itu juga didapati milik mangsa," jelasnya. - UTUSAN ONLINE