Ketika aksi final, Padang FC menewaskan Pasir Hor FC 7-6 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan sebenar.

Selaku juara, Padang FC membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,700, piala dan medal manakala Pasir Hor FC pula menerima RM1,200 dan medal.

Tempat ketiga dan keempat menjadi milik Lating FC dan Parit FC yang masing-masing menerima wang tunai RM800 serta medal.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh, Abd Rahman Yunus.

Pasukan lain yang turut memeriahkan kejohanan tahun ini adalah Pasir Tumboh FC, Tiong FC, Terusan FC , Nilai Baru FC, Padang Enggang FC dan Guntong FC.

Sementara itu pengurus pasukan Padang FC, Mohd. Darus Hassan ketika ditemui berkata,  kejayaan itu amat bermakna sebagai penyuntik semangat kepada para pemain bagi menghadapi kejohanan-kejohanan besar selepas ini.

"Saya lihat semangat dipamerkan oleh pemain untuk memburu kemenangan amat tinggi dan akhirnya mereka mencapai kejayaaan sekali gus mengharumkan nama pasukan.

"Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi pemain berjaya mengharungi perlawanan di peringkat kumpulan dan separuh akhir adalah salah satu inspirasi untuk pasukan ini mencapai kejayaan," katanya. -UTUSAN ONLINE