logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Pakar ekonomi gesa Putrajaya longgar perniagaan untuk tarik pelabur

Yeah Kim Leng menggesa Putrajaya melonggarkan syarat permohonan lesen perniagaan dan mengurangkan cukai korporat.

PETALING JAYA: Pakar ekonomi, Yeah Kim Leng menggesa kerajaan mempertimbangkan syarat untuk menubuhkan perniagaan dilonggarkan untuk menarik pelabur asing ke negara ini.

Katanya, satu daripada langkah yang boleh diambil Putrajaya ialah memudahkan proses mendapatkan permit dan lesen perniagaan.

Katanya, usaha meringankan “beban” dikaitkan dengan permohonan permit dan lesen akan menjadikan Malaysia prospek pelaburan lebih menarik berbanding negara Asia lain.

Yeah yang mengetuai program pengajian ekonomi di Universiti Sunway, turut menggesa Putrajaya mengurangkan cukai korporat.

Minggu lalu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pengurangan kadar cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana, tetapi Yeah nampaknya mencadangkan cukai bagi perniagaan besar turut dikurangkan.

Bercakap di Beijing, perdana menteri cuba memberi jaminan kepada pelabur China yang kerajaan pimpinannya cuba mencari jalan untuk mengurangkan cukai bagi menambah baik tahap mesra perniagaan di Malaysia.

Yeah berkata, Mahathir mungkin cuba untuk menarik pelaburan berkualiti lain dan teknologi tinggi ke Malaysia, serta untuk menggalakkan perniagaan China membuka cawangan di Bandar Malaysia dan sepanjang laluan Kereta Api Pantai Timur.

Kerajaan menyambung semula kedua-dua projek mega itu yang digantung sementara selepas diluluskan kerajaan Barisan Nasional.

Selasa lalu, Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC) menggesa Putrajaya mengemukakan rancangan holistik untuk menggiatkan semula pelaburan swasta yang merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia merujuk pelaburan daripada sumber domestik dan asing.

Badan pemikir itu mendapati jumlah pelaburan swasta menurun secara mendadak daripada 9.3% KDNK pada 2017 kepada 4.5% pada 2018.

Themes
ICO