Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 4.1340 / 1370 berbanding dolar US daripada 4.1340 / 1380 semasa urus niaga ditutup semalam

Bagaimanapun, seorang peniaga berkata mata wang tempatan dijangka menyusut sepanjang hari, berikutan sentimen pasaran bagi ringgit akan terjejas oleh harga minyak global yang lebih rendah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 0.4 peratus kepada US$74.09 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) susut 0.6 peratus kepada US$64.82 setong.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain, kecuali berbanding euro yang meningkat kepada 4.5999/6049 daripada 4.6020/6077 semasa ditutup semalam.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0352 daripada 3.0288 / 0328, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7023/7060 daripada 3.6940 / 6986 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3283/3342 daripada 5.3200/3268. - BERNAMA