logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Penyanyi Nassier Wahab meninggal dunia

Nassier Wahab atau nama penuhnya Mohd Nasir Abdul Wahab menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perbuatan swasta kira-kira 12.45 pagi Khamis.

Berita tersebut dikongsikan rakannya Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh solehin. Al-Fatihah,” tulisnya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Bandar Bukit Raja, Klang.

Sebelum ini Allahyarham menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada 1 Jun lalu.

Pembantu peribadinya, Aliff Salim, berkata ketumbuhan itu mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu.

“Sejak itu, dia kerap mengalami sakit gusi dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Namun, apabila kesakitan itu berulang, dia membuat pemeriksaan rapi dan doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian itu.

“Doktor menasihatkannya supaya segera menjalani pembedahan kerana bimbang sakit itu merebak. Tetapi, Nassier meminta prosedur itu ditangguhkan, selain mahu mencuba rawatan alternatif,” katanya sebelum ini.

Allahyarham juga pada April lalu pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Themes
ICO