Malaysia
An article was changed on the original website

Penyelaras pemilihan PKR Kedah diganti

Pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat PKR Rashid Din berkata, urusan pemilihan di Kedah perlu diteruskan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PKR akan mencari pengganti kepada penyalaras pemilihannya bagi negeri Kedah selepas beliau ditahan bersama seorang lain di Alor Setar atas dakwaan politik wang.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat Rashid Din berkata, urusan pemilihan di Kedah perlu diteruskan.

“Kita akan gantikan beliau dengan orang lain. Kita akan cari orang baru dalam 2 atau 3 hari.

“(Kita perlu ambil langkah ini) kerana pemilihan parti semakin hampir. Pemilihan di Kedah akan berjalan seperti dijadualkan cuma kita perlu cari orang lain untuk teruskan kerja individu yang ditahan,” katanya kepada FMT.

Dilaporkan 2 ahli PKR ditahan reman selama 6 hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan politik wang dalam pencalonan ketua cabang PKR di negeri itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima dan bersetuju menerima suapan rasuah sebagai dorongan atau ganjaran.

Tahanan reman 2 individu tersebut berikutan tangkapan yang dibuat suruhanjaya itu semalam. Difahamkan saspek pertama, 48 ditahan di sebuah restoran di Alor Setar pada 12.20 tengah hari, sementara saspek kedua ditangkap pada 3.25 petang di Pendang.

Menurut sumber, 2 lelaki itu dipercayai meminta RM20,000 daripada seorang lelaki lain sebagai suapan supaya namanya, yang telah disenaraikan sebagai calon pemilihan parti, dikekalkan di dalam sistem bagi melayakkannya bertanding.

Sumber berkata, ini berlaku selepas saspek memberitahu lelaki tersebut bahawa namanya, berserta beberapa nama lain, akan digugurkan daripada senarai calon.

Bagaimanapun, mereka dipercayai mendakwa nama lelaki itu boleh dikekalkan sebagai calon sekiranya beliau membayar wang tersebut.

Football news:

The new Bundesliga season starts on September 18
Thomas Tuchel: Atalanta is pressing and scoring a lot. PSG must play carefully
Barcelona have agreed with Lautaro, but the transfer depends on the sale of Coutinho
Mourinho about the Amazon documentary: I don't like the feeling that I'm in Big brother
Aguero will not have time to recover for the match with Real Madrid
Marcelo will miss the rest of the season in La Liga due to an adductor muscle injury
Telephone Interview, disinfection of the rails, the ban lifts. We checked-antivirus measures in the NPL really work (well, almost)