logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Piawai baru moral di Malaysia Baru?

Skandal video seks sekali lagi menaikkan nama Malaysia. Pada 1998, seluruh negara diajar memahami erti liwat. Pada 2019, rakyat diajar menerima perkataan semburit.

Dalam mana-mana skandal video seks, perkara paling susah bukanlah membuktikan video itu palsu, walaupun ada pelakon kembar ataupun memahami teknologi terkini seperti “deepfake”.

Perkara paling susah ialah memalsukan benda yang sudah terang-terang betul. “Deepfake” bukanlah teknologi yang rumit. Perkara yang rumit adalah cuba memalsukan perkara yang betul.

Tapi dalam dunia politik, kebenaran tidak dapat mengatasi persepsi dan sikap berterus-terang lebih membahayakan diri daripada hipokrasi.

Contohnya, pihak yang meledakkan video seks akan muncul sebagai orang yang cuba menenangkan keadaan, manakala pihak yang mengaku terus-terang pula ditahan, sementara pihak yang menipu pula dibiarkan bebas bergerak.

Dalam skandal video seks ini, masyarakat umumnya terbahagi kepada 2 kumpulan besar dan 1 kumpulan kecil, iaitu kumpulan yang sudah menonton klip tersebut dan mempercayai video itu, kumpulan yang sudah menonton klip tersebut dan tidak mempercayai video itu, dan kumpulan yang tidak menonton klip tersebut.

Mereka yang dituduh terlibat dengan skandal ini akan hilang separuh keyakinan rakyat secara automatik. Oleh itu sewajarnya mereka yang dituduh itu bercuti atau berundur sehingga nama masing-masing dibersihkan.

Sekiranya perkara ini berlaku di Korea Selatan dan Jepun, sudah tentu pemimpin terlibat mengundur diri atas nama tanggungjawab, demi menjaga nama baik negara dan kerajaan berserta malu pada diri sendiri.

Tapi di Malaysia, mereka yang terlibat sama ada dulu atau kini, masih boleh bercita-cita menjadi perdana menteri.

Di Malaysia hari ini, segalanya boleh dinafi dan disangsi kerana kompas moral kerajaan dan rakyat sudah dirosakkan politik.

Masyarakat sudah boleh menerima pemegang sijil palsu dan penipu kelayakan akademik memegang jawatan tertinggi negara.

Masyarakat juga boleh menerima pimpinan kerajaan yang diragui moralnya.

Ini piawai baru masyarakat.

Golongan itu boleh dibiarkan bertakhta menjadi menteri, hatta perdana menteri sekalipun, tanpa sebarang protes besar.

Masyarakat dilihat seolah-olah merestui tindakan mengaibkan orang sebagai pencuri, perompak dan mengambil duit orang walaupun tanpa bukti mencukupi.

Tindakan menjatuhkan maruah dan keluarga orang dalam perkara yang melibatkan duit diterima secara meluas. Bukti separa, tulisan spekulasi di media sosial dan audio sudah cukup untuk buat rakyat percaya.

Ini berbeza dengan mengaibkan penipu sijil akademik, pembeli sijil akademik palsu dan pengkhianat kepada isteri dan keluarga sendiri. Meskipun bukti di depan mata tidak dapat menipu minda, ini masih kurang direstui masyarakat.

Dalam situasi ini, bukti kertas dan video tidak boleh dipakai, malah disaran untuk diabaikan.

“Halal” lagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ini untuk kekal berpangkat asalkan bos kata tidak bersalah. Apakah ini Malaysia Baru? Entahlah.

Di mana-mana negara, pemenang pilihan raya yang akan menentukan moral apakah yang boleh dipakai dan apakah yang boleh diterima.

Jika pemenang merasakan mereka yang boleh mengkhianati isteri dan keluarga tidak akan mengkhianati amanah rakyat dan duit rakyat, itu hak dan kuasa mereka; masyarakat perlu menerimanya.

Sekiranya ada yang mengadu, berpesanlah pada mereka untuk menerima Malaysia Baru yang haru biru ini.

Apakah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dapat memperbetulkan kompas rakyat sebelum bersara?

Antara langkah penting selepas selesainya penyiasatan menyeluruh terhadap skandal video seks terbaru ialah Mahathir perlu memastikan mereka yang terlibat dengan penyebaran dan mereka yang terlibat dalam video itu tidak boleh mendekati kerusi perdana menteri walau apapun yang terjadi.

Sesungguhnya, mereka yang sanggup melancarkan serangan taraf terhina ini jauh lebih berbahaya daripada mereka yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral secara berahsia.

Meskipun begitu, kedua-dua pihak hilang kelayakan untuk berada dalam pasukan yang memimpin Malaysia.

All rights and copyright belongs to author:
Themes
ICO