LJUBLJANA 15 Mac - Perdana Menteri Slovenia, Miro Cerar meletak jawatan malam tadi, beberapa jam selepas satu projek pelaburan utama di negara ini berdepan masalah perundangan dengan menyifatkan beliau sudah cukup banyak berdepan tentangan daripada parti perikatannya selain berdepan tekanan daripada kesatuan perdagangan.

Cerar berkata, beliau akan meletak jawatan menjelang keputusan Mahkamah Agung untuk membatalkan keputusan pungutan suara September lalu yang meluluskan projek pembinaan landasan kereta api bernilai 1 bilion euro (RM4.8 bilion).

"Projek itu berdepan masalah baharu daripada pihak yang mahu menghentikan pembangunan positif Slovenia," katanya.

Tambahnya, beliau akan terus memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk. - REUTERS