Penyerang Perancis itu memiliki pengaruh besar dalam bilik persalinan bagaimanapun Pogba dikaitkan bakal menyertai Real Madrid.

Menurut media tempatan, The Sun, keputusan Raiola membatalkan mesyuarat tersebut adalah kerana kesungguhan Pogba untuk meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini.

Pemain bernilai 89 juta pound (RM476 juta) merupakan personaliti besar United di atas padang dan terdapat dakwaan mengatakan pemain Red Devils bimbang jika jurulatih mereka iaitu Ole Gunnar Solskjaer tidak dapat mengawal egonya.

Pogba mempunyai baki kontrak selama dua tahun dan United tidak mempunyai tekanan untuk mengeluarkan pemain itu. - AGENSI