Polis menggunakan semburan lada dan baton untuk meleraikan sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang berhimpun di sepanjang jalan berdekatan Sha Tin.

Penunjuk perasaan membina benteng menggunakan pagar logam sebagai pertahanan serangan polis.

Hong Kong bergolak lebih sebulan apabila penduduknya mengadakan tunjuk perasaan aman, di samping beberapa insiden konfrontasi ganas yang tercetus susulan tindakan kerajaan memperkenalkan rang undang-undang untuk membenarkan ekstradisi ke China dan beberapa negara lain.- AFP