Malaysia

Program Malaysia Rumah Keduaku dibeku sementara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, warga asing yang berminat menyertai program MM2H boleh mengemukakan permohonan selepas ia diaktifkan semula, tetapi perlu mematuhi syarat ditetapkan.

KUALA LUMPUR: Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibekukan sementara bagi memberi ruang kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta agensi berkaitan mengkaji dan menilai semula program itu secara komprehensif.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu sejajar langkah kerajaan yang belum membenarkan warga asing memasuki negara ini berikutan penularan Covid-19.

“Antara perkara akan diteliti dalam kajian ini ialah syarat, insentif serta perbandingan dengan program luar negara yang setara program MM2H, seperti ‘Citizenship by Investment’ (CBI) atau ‘Residence by Investment’ (RBI).

“Semasa tempoh pembekuan program itu, kementerian selaku penyelaras MM2H tidak dapat memproses permohonan baru. Hal ini mengambil kira pemprosesan permohonan program MM2H melibatkan pelbagai kementerian dan agensi yang turut terkesan dengan keputusan pembekuan itu.”

Kementerian itu berkata, jika ada warga asing yang berminat menyertai program MM2H, mereka boleh mengemukakan permohonan selepas ia diaktifkan semula, tetapi perlu mematuhi syarat ditetapkan.

Katanya, warga asing juga boleh merujuk Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat mengenai pas imigresen bersesuaian untuk menetap di Malaysia dalam jangka panjang.

“Kementerian memberi jaminan hasil kajian yang disinergikan dengan keperluan semasa akan memberi manfaat kepada semua pemegang taruh terlibat.”

Ia berharap semua pihak dapat menyokong hasrat kerajaan menambah baik program MM2H supaya setanding program seumpamanya di peringkat antarabangsa.

Football news:

Jurgen Klopp: Roy Keane said Liverpool showed sloppy football? I want to hear it. Incredible game description
Manchester City refused to buy Coulibaly after the transfer of Dias
Conte wants to sign Inter Gervinho from Parma
Robertson and Trent contributed 33 goals in the Premier League in 3 years - the best result among defenders
In Genoa, 14 cases of coronavirus after the match with Napoli. Neapolitans play Juve on October 4
In the Premier League had identified 10 new cases of coronavirus. Players and staff isolated
Mane scored for Arsenal. Sadio has 3 goals in 3 Premier League games