Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, semua syarikat serta pelbagai agensi digalakkan untuk menunaikan tanggungjwab sosial korporat (CSR) sempena bulan yang mulia ini.

“Program yang dijalankan pihak Aeon hari ini iaitu mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung merupakan satu cara untuk mendekatkan diri dengan komuniti setempat,” katanya kepada pemberita semasa Program Pengagihan Bubur Lambuk Aeon di sini hari ini.

Chong turut menasihatkan mereka yang hendak pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri supaya berhati-hati ketika memandu.

Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran Korporat Aeon, Thong Poh Wah berkata, acara itu merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh pihak Aeon dalam melaksanakan CSR syarikat berkenaan.

Katanya, selain Pasar Raya Aeon Kuching, agihan bubur lambuk juga diadakan di kesemua 11 pasar raya Aeon di Malaysia secara serentak. - BERNAMA