Fernandes sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuk musuh ketat Liverpool, Manchester United tetapi laporan di Portugal mengatakan, Reds berharap mereka dapat menyekat perpindahan pemain itu ke Old Trafford.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamer aksi cemerlang bersama Sporting musim lalu apabila meledak 20 gol dan mencipta 13 gerakan gol hanya dalam 33 perlawanan liga.

Dua lagi gergasi Liga Perdana, Manchester City dan Tottenham turut dikaitkan dengan Fernandes, namun Liverpool dikatakan pasukan pertama membuat tawaran rasmi untuk pemain itu. - AGENSI