Malaysia

Shafie mohon maaf atas kenyataan pemimpin Warisan, tegas ia ‘disalah ertikan’

SANDAKAN: Presiden Warisan, Shafie Apdal, memohon maaf kepada anggota keselamatan, ahli keluarga mereka, dan rakyat atas “kenyataan spontan” seorang pemimpin partinya yang “disalah ertikan” dan “sama sekali tidak berniat untuk menghina” perjuangan perajurit dan anggota keselamatan.

Shafie tidak menamakan pemimpin itu, namun dipercayai beliau merujuk kepada Mohamaddin Ketapi, yang kenyataannya berkait pencerobohan Lahad Datu pada 2013 mengundang kecaman orang ramai baru-baru ini.

“Sebagai bekas timbalan menteri pertahanan, saya amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamaddin sebelum ini berkata tentera dan polis berperang dengan ayam dan anjing semasa peristiwa itu, dan ramai orang terkorban dalam pertempuran itu kerana ia “sandiwara”.

Bekas menteri itu nafi memperkecilkan pasukan keselamatan, mengatakan kenyataannnya disalah ertikan dan diambil di luar konteks.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Football news:

Khabib on meeting with Ronaldo: I was wondering how he keeps this fire going for 17 years. Motivation, discipline, as I understand it
Asensio on Real Madrid: One of the best squads in the world. Atletico and Sevilla can become our competitors in La Liga
Manchester United issued a warning to Greenwood due to his discipline problems. He was not in the squad for two games in a row
Raheem sterling: we Need to fight insults on the Internet. Do people want to change something?
Mourinho on Europa League: it's not fair that you get clubs from the Champions League in the play-offs
In real Life, they thought about changing the coach. Candidates - Pochettino and Raul (As)
Khabib: I like Football more than MMA. There is no need to beat, break. Just by beauty you show what a professional you are