logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Tanjung Piai: Malangnya minggu pertama bagi Karmaine

Kempen minggu pertama calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini boleh disifatkan sebagai minggu yang malang.

Karmaine sedang berdepan pertandingan enam penjuru, melawan calon Barisan Nasional daripada MCA Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam dan Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Badrulhisham Abdul Aziz; serta dua calon Bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Ketika DAP sedang berusaha keras memujuk hati ahli DAP yang tidak berpuas hati dengan parti Karmaine iaitu PPBM untuk terus mengundi PH, tular satu video klip video yang menunjukkan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu mengeluh terkontang-kanting melawan “puak-puak DAP” seorang diri di negeri itu untuk melindungi kepentingan Melayu ketika berkempen untuk Karmaine di jeti Jeram Batu.

Bagaimanapun, Karmaine berkata beliau tidak ingat apa yang dikatakan Faizal ketika ditanya mengenai audio tersebut.

Reaksi pimpinan PKR dan DAP terhadap video tersebut sungguh pantas. Ada yang menyuruh Faizal untuk digantikan sebagai menteri Besar Perak dan ada yang mendesak agar beliau memohon maaf. Cuma ramai berasa pelik mengapa video skandal seks boleh dinafikan sewenang-wenangnya tapi video perbualan terus pula dianggap benar.

Kemunculan video tersebut sudah tentunya menjejaskan gerak kerja pasukan DAP.

Video tular MB Perak menyebabkan perbalahan terbuka antara komponen parti PH, terutamanya pertengkaran antara PPBM dan DAP kembali menjadi fokus PRK Tanjung Piai. Tidak bersuara terhadap video tular tersebut akan menyebabkan persepsi DAP sebagai kuda PPBM menjadi kuat. Jika PPBM membuat permohon maaf terhadap video tular tersebut selepas didesak DAP pula akan menguatkan persepsi bahawa PH didominasi oleh DAP.

Motivasi yang tinggal sekarang hanyalah untuk memastikan Wee tidak menang demi membuktikan parti itu masih menguasai undi Cina meskipun rata-rata masyarakat itu terkilan dengan pencapaian PH setakat ini.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa Setiausaha Agong DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan jika Karmaine memenangi PRK Tanjung Piai, beliau akan melantik Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong sebagai wakil Cina untuk membantu Karmaine kerana sesetengah pengundi Cina bimbang tidak dapat berkomunikasi dengannya dengan berkesan.

“Jika ada sebarang masalah, Liew mempunyai talian khusus terus kepada saya, menteri kewangan,” katanya.

Cadangan daripada DAP ini menimbulkan persoalan di minda pengundi – apakah kemampuan Karmaine menjaga kawasan sebegitu terhad, di mana beliau tidak mampu mewakili orang Cina di Tanjong Piai sehinggakan DAP terpaksa meletakkan Liew sebagai pengantara?

Dan, jika Liew mempunyai talian khusus kepada menteri kewangan, bukankah Karmeine juga mempunyai talian khusus kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed yang juga pengerusi parti beliau?

Apakah talian khusus kepada menteri kewangan lebih baik daripada talian khusus kepada perdana menteri? Jika tidak, mengapa khidmat Liew diperlukan? Apakah sebenarnya yang ingin dimaksudkan Lim sebenarnya?

Apapun, cadangan DAP ini akan secara tidak langsung mencalar imej Karmaine sebagai seorang calon yang berwibawa dari sudut persepsi politik.

Begitulah malangnya minggu pertama kempen bagi Karmaine yang penuh dengan gol PH sendiri.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Themes
ICO