logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Tentera Iraq tembak mati 3 penunjuk perasaan antikerajaan

Pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom tangan terhadap penunjuk perasaan muda dan tidak bersenjata. (Gambar AP)

BAGHDAD: Tentera Iraq menembak mati tiga penunjuk perasaan antikerajaan di Nassiriya, bandar bahagian selatan semalam, kata polis dan pasukan perubatan, menambah angka sejumlah rakyat negara itu yang telah pun terbunuh dalam rusuhan berlarutan lebih sebulan.

Para penunjuk perasaan berkumpul di sebuah jambatan di Nassiriya dan pasukan keselamatan melepaskan peluru hidup untuk menyuraikan mereka, kata sumber itu.

Lebih 100 orang lagi cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan, kata mereka.

Pasukan keselamatan juga menembak gas pemedih mata semasa demonstrasi di Baghdad, mencederakan lebih 20 orang, sehari selepas mereka menolak protes ke arah satu dataran utama di ibu negara Iraq.

Seseorang meninggal dunia di hospital akibat luka dialami hari sebelumnya, di kawasan yang sama.

Rusuhan tercetus di Baghdad pada 1 Okt lalu berikutan rasa tidak puas hati berhubung isu kekurangan pekerjaan dan perkhidmatan yang lemah, merentasi ibu kota dan kebanyakan wilayah selatan Iraq.

Pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom tangan terhadap kebanyakan penunjuk perasaan muda dan tidak bersenjata, lebih 280 orang terbunuh setakat ini, menurut maklumat dikumpul Reuters berdasarkan sumber perubatan dan polis.

Kerajaan Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi telah mengambil beberapa langkah untuk membanteras rusuhan termasuk pemberian bantuan kepada golongan miskin dan peluang pekerjaan untuk graduan kolej, namun gagal memenuhi tuntutan penunjuk perasaan yang semakin meningkat, mendesak pemulihan sistem politik mazhab Iraq dan gesaan supaya seluruh kerajaan meletakkan jawatan.

“Mereka (pasukan keselamatan) masih menembak orang, mereka yang cedera terus datang,” kata pekerja perubatan sukarelawan, Hayder Ghareeb, pada awalnya di klinik sementara di Dataran Tahrir, kini menjadi tempat perhimpunan utama para penunjuk perasaan di Baghdad.

Themes
ICO