logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo logo
star Bookmark: Tag Tag Tag Tag Tag
Malaysia

Tiada pegawai Cawangan Khas terbabit culik Amri, kata ketua polis negara

Amri Che Mat.

PETALING JAYA: Polis hari ini menafikan Cawangan Khas Bukit Aman terbabit dalam kehilangan aktivis Perlis, Amri Che Mat, susulan kesimpulan dibuat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia selepas inkuiri selama 18 bulan.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata seorang pegawai yang enggan memberi keterangan kepada inkuiri itu hanya pekerja kontrak.

Inkuiri itu diberitahu sebuah kereta milik seorang pegawai Cawangan Khas, Saiful Bahari, dilihat berada dekat dengan lokasi Amri dipercayai diculik.

Saiful gagal memberi keterangan kepada inkuiri itu menyebabkan Suhakam mendakwa polis tidak memberi kerjasama.

Fuzi berkata, polis sudah menyelesaikan siasatan mereka dan sedang menunggu respons daripada timbalan pendakwa raya.

Amri ialah pengasas persatuan kebajikan, Perlis Hope yang hilang sejak 24 November 2016, kira-kira 500m dari rumahnya di Kangar. Ada yang mengatakan Amri menjadi sasaran atas dakwaan kecenderungannya terhadap ajaran Syiah yang dianggap “sesat” oleh pihak berkuasa agama tempatan.

Fuzi yang dijadualkan bersara bulan depan, ialah ketua Cawangan Khas ketika Amri hilang pada 2016.

Pada 3 April lalu, Suhakam merumuskan Cawangan Khas terbabit dalam kehilangan paksa Amri dan Pastor Raymond Koh.

Susulan itu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan membuka siasatan baru susulan laporan Suhakam itu.

Tetapi, perdana menteri berkata, bagi melaksanakan siasatan itu, kerajaan akan menunggu sehingga ketua polis negara baru dilantik kerana kesimpulan Suhakam itu membuat dakwaan terhadap Fuzi.

Themes
ICO