Malaysia

Trump dijangka umum calon hakim Mahkamah Agung minggu ini

Donald Trump mempunyai 5 calon wanita untuk dipertimbangkan sebagai hakim Mahkamah Agung AS. (Gambar AP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengumumkan pilihan beliau untuk calon hakim Mahkamah Agung akhir minggu ini bagi menggantikan Ruth Bader Ginsburg, lapor agensi berita Sputnik.

Trump mempunyai 5 calon wanita untuk dipertimbangkan.

“Saya boleh katakan mungkin pada Jumaat atau Sabtu saya akan umumkan pilihan saya. Lima calon wanita sedang dipertimbangkan dan dinilai dengan sangat teliti,” katanya pada Isnin.

Trump mengulangi beliau mahu nama calon hakim Mahkamah Agung AS dikemukakan di Senat sebelum pemilihan presiden pada 3 Nov ini.

“Saya lebih suka ia dibuat sebelum pilihan raya…dan kita mempunyai banyak masa untuk melakukannya.”

Beliau sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa calon dan lebih banyak pertemuan akan diadakan tidak lama lagi.

Hakim Mahkamah Agung AS, Ginsburg meninggal dunia akibat kanser pankreas Jumaat lalu.

Pemimpin Senat, Mitch McConnell pada Jumaat lalu berkata, Senat akan mengundi calon yang menjadi pilihan Trump, dan tindakan itu dilihat tidak mempedulikan kritikan Demokrat yang mahu proses itu dilakukan selepas pemilihan presiden.

Parti Republikan mempunyai majoriti 53-47 di Senat.

FOX News pada Isnin memetik sumber sebagai berkata, Trump menemui Hakim Amy Coney Barrett, 48, calon yang dikatakan berpotensi mengisi kekosongan itu.

Football news:

Nyom called Koeman a son of a bitch and sent him to### During the Getafe - Barcelona match
Messi, Beckham, Robben, Figo and best are among the contenders for the title of best right-winger in history (France Football)
The Valenciennes goalkeeper said the Sochaux player bit him. He replied that he wanted to hit the goalkeeper with his head for racism
Azpilicueta about Kep: Sometimes everything goes against you. To overcome this, you need character
In memory of the beheaded teacher, all matches of the French championship will begin with a minute of silence
Klopp on van Dijk: we will wait for him like A good wife waiting for her husband from prison
Maguire and Cavani did not fly with Manchester United for the match against PSG