Akta pindaan bantu keluar daripada kegelapan muflis

KUALA LUMPUR – Dunia Mad Noor (nama samaran) menjadi gelap selepas diisytiharkan muflis dua tahun lalu setelah gagal melunaskan hutang bank dan perniagaan kain pasangnya di Rawang, Selangor gulung tikar.

Perniagaan yang dibina bersama-sama isteri sejak 2018 itu mengalami kerugian lebih RM100,000, dengan bayaran balik pinjaman bank tertunggak berbulan-bulan akibat persaingan perniagaan dalam talian yang diburukkan lagi oleh penularan COVID-19.

“Keuntungan kedai sedikit merosot pada 2019 apabila ramai pelanggan berubah selera membeli secara dalam talian dan keadaan itu berterusan hingga pertengahan 2020 akibat COVID-19.

“Apabila tidak mampu lagi menguruskan kedai dan pinjaman bank tertunggak berbulan-bulan lamanya, kedai terpaksa ditutup pada hujung 2021 dan kami diisytiharkan bankrap,” katanya kepada Bernama.

Status bankrap itu menyebabkan lelaki berusia 65 tahun tersebut kehilangan banyak keistimewaan, antaranya akaun bank dibekukan dan ditutup, tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan selain tidak dibenarkan ke luar negara.

Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan bahawa Dasar Peluang Kedua menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok tersebut dan kembali menyumbang kepada ekonomi negara. – Bernama
Dari segi umur, statistik menunjukkan golongan dalam lingkungan umur 35 hingga 44 tahun bagi tempoh 2019 hingga Ogos 2023 paling ramai bankrap. – Gambar Freepik
Gambar Freepik

Semua itu menyukarkannya untuk bangkit kembali, namun pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) yang dikuatkuasakan pada 6 Oktober lepas, memberikan sinar baharu kepada Mad dan 35,714 kes kebankrapan setakat Ogos lepas, yang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Penguatkuasaan akta pindaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 (Akta1695) tersebut memberi kelegaan kepada Mad untuk kembali memainkan peranan sebagai ketua keluarga.

Dia yang kini disara oleh anak-anak serta isteri yang menjalankan perniagaan menjahit secara kecil-kecilan di rumah, berhasrat membangunkan semula perniagaannya.

“Saya mahu bina kehidupan baharu,” katanya yang berharap dapat bebas daripada status muflis dalam tempoh lebih singkat.

CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG

Diumumkan sebagai Dasar Peluang Kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada awal bulan ini, inisiatif itu yang menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok tersebut dan kembali menyumbang kepada ekonomi negara.

Pindaan Akta 360 itu melibatkan penambahbaikan peruntukan pelepasan bankrap di bawah Seksyen 33C, iaitu membolehkan pelepasan bankrap secara automatik dalam tempoh tiga hingga lima tahun daripada tarikh individu muflis menyerahkan pernyataan hal ehwalnya.

Keprihatinan kerajaan terhadap kelompok itu dikuatkan lagi dengan jaminan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024, apabila mengumumkan Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun dan ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000, bermula tahun depan.

Setakat Julai lalu, hampir 14,000 kes muflis dengan hutang bawah RM50,000 telah dilepaskan daripada kebankrapan.

Selain itu, pindaan terhadap Subsekyen 33B (2A) Akta 360 menyaksikan tambahan dua kategori baharu individu yang boleh dilepaskan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) tanpa melalui prosedur bantahan pemiutang.

Dua kategori tersebut ialah individu bankrap yang tidak boleh mengurus diri dan hal ehwalnya akibat penyakit mental mengikut takrifan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001, serta individu bankrap berusia 70 tahun ke atas yang layak, pada pendapat dan pertimbangan KPI, tidak berupaya untuk menyumbang kepada pentadbiran kebankrapan.

Jabatan Insolvensi dalam laporannya, berkata berdasarkan jumlah kes muflis yang ditadbirnya, punca utama keberhutangan di negara ini ialah pinjaman peribadi.

Dalam tempoh 2019 hingga Ogos tahun ini, kes pinjaman peribadi mewakili 49.14 peratus atau 17,550 kes daripada 35,714 kes kebankrapan berbanding jenis pinjaman kewangan lain, merangkumi pinjaman bercagar atau tidak bercagar, daripada institusi perbankan.

Pinjaman perniagaan merekodkan kes kebankrapan kedua tertinggi dengan 17.30 peratus atau 6,179 kes, diikuti sewa beli kenderaan (3,898), pinjaman perumahan (2,978) serta hutang kad kredit sebanyak 2,198 kes atau 6.15 peratus.

PALING RAMAI BANKRAP

Usaha mengurangkan kes kebankrapan dalam kalangan rakyat telah dijalankan sejak 2017 apabila kerajaan sebelum ini meminda Akta 360 dengan menaikkan nilai ambang keberhutangan daripada RM30,000 kepada RM50,000, dan seterusnya kepada RM100,000 pada 2020.

Susulan inisiatif itu, pendaftaran kes kebankrapan menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun.

“Rekod menunjukkan jumlah individu yang diisytiharkan bankrap pada 2022 adalah seramai 5,695 orang berbanding tahun sebelumnya 6,554 orang, dan setakat Ogos tahun ini, jumlah individu bankrap adalah 3,063 orang.

“Dari segi umur pula, statistik menunjukkan golongan dalam lingkungan umur 35 hingga 44 tahun bagi tempoh 2019 hingga Ogos 2023 paling ramai bankrap, iaitu 13,757 orang berbanding individu berumur bawah 25 tahun hanya seramai 115 orang, manakala yang berumur 55 tahun dan ke atas adalah seramai 5,549 orang,” menurut jabatan tersebut.

Biarpun pindaan itu dilihat dapat membantu golongan ini membina kembali kehidupan mereka, bagi pemilik syarikat logistik di Butterworth, Pulau Pinang yang hanya mahu dikenali sebagai Muszafar, 52, masih ada kelompongan yang perlu ditambah baik, khususnya sebelum seseorang itu diisytiharkan bankrap.

Merujuk kesnya, lelaki itu berkata mahkamah masih mahu mengisytiharkan bankrap ke atas dirinya sekalipun nilai asetnya yang disita sudah cukup bagi melunaskan hutangnya.

“Saya dalam proses bakal diisytiharkan bankrap oleh mahkamah disebabkan tidak mampu membayar hutang lebih RM150,000, tetapi apa yang saya bangkitkan di sini ialah prosedur akta perlu dikaji, iaitu sebelum mengisytiharkan seseorang itu bankrap supaya tidak menganiayai penghutang,” katanya.

Selain itu, dia juga berpendapat tempoh pelepasan bankrap secara automatik, iaitu tiga hingga lima tahun daripada tarikh si muflis menyerahkan pernyataan hal ehwalnya, wajar dipendekkan lagi, khususnya buat peniaga agar mereka dapat bingkas dengan lebih pantas.

Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 telah menyaksikan ramai peniaga terpaksa gulung tikar dan berhutang ratusan ribu ringgit kerana tidak mampu meneruskan perniagaan, menyebabkan ramai juga yang diisytiharkan muflis.

Mengulas tentang hal itu, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Dr Nur Hafizah Mohammad Ismail berkata individu yang bebas daripada status bankrap lebih berkeupayaan menangani pengurusan kewangan mereka pada masa depan.

Pengalaman yang dilalui membuatkan mereka lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan supaya tidak kembali berdepan dengan situasi sama.

“Individu bankrap mempunyai perspektif berbeza dalam menguruskan hutang dan kewangan mereka berdasarkan pengalaman sebelum ini, sekali gus membolehkan mereka memulakan perniagaan baharu atau menyumbang kepada tenaga kerja dalam merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi setempat.

“Mereka juga akan mengambil peluang memulakan rancangan pelaburan konservatif dan berisiko rendah bagi memastikan keseimbangan antara risiko dan pulangan yang akan diterima,” katanya.

Pindaan akta itu, bagi Nur Hafizah, tidak hanya memberi peluang kedua kepada golongan muflis, tetapi turut dapat menangani stigma masyarakat terhadap individu bankrap yang boleh mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi mereka. – Bernama


Football news:

<!DOCTYPE html>
Kane on Tuchel: A wonderful man, full of ideas. Thomas in person says what he thinks
Zarema about Kuziaev's 350,000 euros a year in Le Havre: Translate it into rubles - it's not that little. It is commendable that he left
Aleksandr Mostovoy on Wendel: Two months of walking around in the middle of nowhere and then coming back and dragging the team - that's top level
Sheffield United have bought Euro U21 champion Archer from Aston Villa for £18.5million
Alexander Medvedev on SKA: Without Gazprom, there would be no Zenit titles. There is a winning wave in the city. The next victory in the Gagarin Cup will be in the spring
Smolnikov ended his career at the age of 35. He became the Russian champion three times with Zenit

2:21 Israel accuses UN Chief of backing Hamas in recent attack
2:21 Israel accuses UN Chief of backing Hamas’s actions
2:05 Al Jazeera Gaza correspondent loses 4 family members in an Israeli airstrike
2:05 Al Jazeera journalist loses 4 family members in an Israeli airstrike
2:00 Teen dreams and adult nightmares in Sofia Coppola’s ‘Priscilla’
2:00 Teen dreams and adult nightmares in ‘Priscilla’
1:00 Apple ups subscription prices
0:55 Bilangan pelarian di seluruh dunia cecah 114 juta
0:52 Taman Zootopia pertama dibuka di Shanghai
0:48 Xi’an hantar produk getah ke Asia Tenggara menerusi rel-laut
0:40 Vietnam catat kematian pertama kes cacar monyet
0:36 Dua beranak didakwa tipu kerajaan Sabah
0:32 Kebakaran belukar landa timur Australia
0:24 Erdogan batalkan lawatan ke Israel
0:20 Sweden sedia main peranan, menyumbang kepada NATO
0:16 Inisiatif kembang majukan aktiviti pelancongan Kg Menunggol
0:12 Bella nafi tak matang tangani isu penyondol
0:08 Senegal sukar bendung pencemaran sisa plastik
0:04 Akta pindaan bantu keluar daripada kegelapan muflis
23:48 Kursus intensif dedah prosedur pengurusan betul
23:42 Mi somen catat rekod terpanjang di Oita
23:36 Lima ditahan terlibat pergaduhan, sebabkan kematian warga emas
23:30 Taufan Hamoon badai Bangladesh
23:24 UK, Axiom Space meterai perjanjian misi angkasa lepas
23:18 3 kanak-kanak antara 5 maut dalam insiden tembakan di Kanada
23:12 Tenpin boling bawa Natasha keliling dunia
23:06 Judika buai perasaan bersama 12,000 peminat
23:00 Britney Spears tidak buka aib Justin Timberlake
22:56 Perkasa pelajar jadi pemimpin masa depan
22:50 Majlis makan malam erat hubungan PPPNJ, POLSARA
22:45 Malaysia sokong sesi tergempar ke- 10 UNGA
22:40 Anak damit maut tertinggal dalam kereta
22:35 Meta disaman beri kesan buruk kesihatan mental remaja
22:30 Lima warga Myanmar minta Filipina siasat dakwaan jenayah perang
22:25 PM Iceland sertai mogok tuntut kesamarataan jantina
22:20 Israel tingkat serangan udara di Gaza
22:15 Angkatan emas untuk abang Bryan
22:10 ‘Tak mahu ambil risiko lagi’
22:05 From attic to auction
22:05 Aiman Tino restu isteri jadi pelakon, pengacara
22:04 ‘Potentially catastrophic’ Hurricane Otis hits Mexico
22:00 Keunikan tteokbokki hasil tangan Min-ji
21:56 PBSM hos Mesyuarat SEAFAN pertama
21:52 UNISSA terima sumbangan 158 buku dari Kedutaan Qatar
21:48 Ops SAKAT: Tiga warga asing ditahan
21:44 KMB, PSM tingkat hubungan ukhwah
21:40 GallopAir, BEBC, EDC meterai MoU
21:36 Pendidikan awal banteras vandalisme
21:32 Microsoft labur AS$3.2 bilion di Australia
21:28 Sri Lanka sahkan ketibaan kapal penyelidik China
21:24 Persaingan tiga penjuru bagi calon presiden
21:20 Taufan Otis landa Mexico
21:16 Afrika Selatan: Lebih 500 pekerja lombong emas dijadikan tebusan
21:08 Gagal hadir ujian doping, Brooksby digantung 18 bulan
21:06 Thailand to accelerate construction of railway to China
21:06 Booker, Durant lead Suns past Curry and Warriors in season opener
21:05 Japan FDI in Malaysia to exceed USD30B this year
21:04 Sanchez tingkat peluang Inter Milan
21:02 Man City changes typical pre-match routine to get used to an artificial pitch
21:02 Visa profit grows as digital payments become more commonplace
21:01 Minimum tax for multinational companies marred by loopholes
21:00 Fizi enggan ulas isu perbalahan dengan Shakilla
20:54 Lebih 60 sertai bengkel transformatif
20:48 KACA: Majlis penyampaian hadiah, sijil
20:42 Australia hantar tentera, pesawat ke Timur Tengah
20:36 China hantar angkasawan paling muda ke Tiangong
20:30 Ikrar tingkat kerjasama kesenian
20:24 Maguire, Onana jadi hero United
20:18 Jokic bantu Nuggets menang
20:13 New integrated curriculum sparks mixed reaction among parents
20:12 Real Madrid kekalkan rekod sempurna
20:11 Awards and appreciation at gala night
20:06 Ernie Zakri batal hasrat bersara kerana ibu
20:05 KACA centre contest winners all smiles
20:04 ‘Operasi Kelinga’ uncovers eight labour violations
14:30 Dozens of bushfires rage through eastern Australia
13:45 Indonesia’s three-way presidential race set as deadline nears
13:00 Polis tahan lelaki warga Thailand, rampas pil yaba bernilai RM132,000
12:30 Nilai eksport durian Vietnam cecah AS$1.65b
12:02 Gagal patuh etika berpakaian, pelakon wanita dilarang bekerja 
11:30 Warga asing didenda $76,900
10:30 Larian tingkat kesedaran penyakit jantung
10:25 ‘Ahsoka’ features a much-anticipated Star Wars reunion
9:30 Alvarez mendominasi Charlo secara menyeluruh
9:18 Xinhua world economic news summary at 0900 GMT, Oct. 1
9:00 US homeland security starts artificial intelligence security centre
8:30 Mohamed Muizzu menang pilihan raya presiden Maldives
8:00 Afghan embassy in India closes
7:30 Sabre Brunei 2023 terima sambutan hangat
7:00 He downed 135 Carolina Reaper peppers, 50 in record time
6:30 Apple akan selesai masalah iPhone 15 terlalu panas
6:00 S Korean esports team wins gold at Asiad, secure military exemption
5:30 Indonesia bersedia lancar kereta api berkelajuan tinggi
5:00 Promoting tradition as well as beans
4:30 Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
4:06 Indonesia to launch high-speed railway
3:43 ASEAN transboundary haze alert
3:30 Pilih lelaki muda berbanding suami orang
3:00 U2 concert’s Sphere venue is actually visuals
2:30 Kemenangan berturut-turut Man City berakhir