Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Jangkitan Covid-19 naik kepada 3,083 kes, 12 kematian

Sebanyak 42,717 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 62 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 meningkat kepada 3,083 kes semalam berbanding 2,863 kes sehari sebelumnya.

Sebanyak 12 kematian dilaporkan semalam, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding enam kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 3,080 kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,714,498 kes dan 36,044 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 42,717 kes aktif Covid-19, termasuk 62 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1% atau 41,042 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 35 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,578 orang atau 3.7% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,229 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Satu kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya 7,048 kluster, dengan 24 daripadanya masih aktif.