Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

PN tak selesa lihat PAS Perlis ‘bergolak’, kata timbalan pengerusi

PAS menjadi kuasa baharu di Perlis dengan mengepalai PN menamatkan dominasi BN pada PRU15.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu berkata wujud rasa tidak selesa dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Perlis susulan dakwaan berlaku ‘pergolakan dalaman’ dalam PAS.

Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah mendakwa ‘pergolakan’ itu melibatkan isu kefahaman agama, susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri itu yang dimenangi PN pada PRU15, menamatkan dominasi Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu menyusul peringatan Presiden PAS Hadi Awang, Ahad lalu supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintahnya.

Justeru itu, Abu Bakar berharap keadaan itu dapat diselesaikan segera kerana ia menjurus kepada kekuatan PN dalam mempertahankan negeri itu pada PRU16.

“PAS sedang bergolak di Perlis, tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan kita.

Abu Bakar Hamzah.

“Namun Bersatu sebagai gandingan ada kerusi di Perlis tak nak campur tangan sebab perbalahan dan pergolakan PAS adalah sesama mereka, bukan dengan Bersatu,” kata timbalan pengerusi PN Perlis itu kepada FMT.

Di sebalik dakwaan itu, beliau menjelaskan kerjasama PAS dan Bersatu masih utuh.

Selain Perlis, PAS turut menerajui pentadbiran di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

FMT telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli yang juga menteri besar negeri itu untuk mendapat maklum balasnya.