Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Tiada Mesyuarat Khas, RUU Anti-Lompat Parti dibentang mulai 18 Julai

Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara faktor yang dipertimbangkan adalah kos untuk melaksanakan Mesyuarat Khas bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 18 Julai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam satu kenyataan eliau berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan rang undang-undang itu.

Katanya, antara faktor yang dipertimbangkan adalah kos untuk melaksanakan Mesyuarat Khas bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mencecah kira-kira RM1,077,600.00, tidak termasuk kos operasi.

BERITA LANJUT MENYUSUL