Brunei Darussalam

PBSM punya keupayaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dengan pengalaman dan ahli yang terlatih mempunyai keupayaan untuk menghulurkan bantuan serta menyokong usaha melatih masyarakat dalam memberikan pertolongan cemas.

Dalam kejadian kemalangan, masa 15 minit pertama itu amat kritikal kepada mangsa dan jika ia dapat diberikan kepada mangsa dalam tempoh kritikal berkenaan, setentunya ia mampu menolong mangsa kemalangan berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengurus Kesihatan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), Suparlan Lingga dalam ucaptama bertajuk ‘Pentingnya Pengetahuan Pertolongan Cemas di Tempat Kerja dan di Rumah’ semasa Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian majlis sambutan berkenaan ialah Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.

Suparlan turut menyatakan bahawa pertolongan cemas atau pertolongan pertama terbukti dapat membantu mengurangkan kesakitan, mempercepat kesembuhan dan seterusnya boleh menyelamatkan nyawa seseorang.

Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia.
Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Henry Dunant semasa Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia Kementerian Kesihatan, kelmarin.
Di antara yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia.

Dalam hubungan itu, mempelajari dan mengetahui secara dekat cara dan bagaimana pertolongan pertama diberikan bukanlah sesuatu yang sukar atau sulit untuk dipelajari.

Pada majlis sambutan berkenaan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin turut menyempurnakan penyampaian peralatan pertolongan cemas sumbangan daripada PBSM cawangan Daerah Brunei dan Muara kepada cawangan Daerah Tutong, cawangan Daerah Belait, cawangan Daerah Temburong dan Pasukan HADRAT (Humanitarian Aid & Disaster Response Team).

Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin turut menyampaikan Anugerah Hendry Dunant kepada beberapa orang penerima iaitu Anugerah Perkhidmatan Sepanjang Hayat 2018 kepada Timbalan Presiden Perhubungan Kerajaan, Haji Morni bin Haji Damit, Anugerah Pemimpin Muda 2018 kepada Pengarah Kebangsaan, Haji Mohd Hilhamd bin Haji Johari, Anugerah Perkhidmatan Jurulatih Pertolongan Cemas Cemerlang 2018 kepada Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Awam, Awang Ahmad Akbal Adi Yusa bin Haji Mohd Yusof dan Anugerah Pemimpin Baharu 2018 kepada Presiden PBSM, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim.

Di samping itu, empat orang juga menerima Anugerah Perkhidmatan Sukarelawan Cemerlang Henry Dunant 2018 iaitu Awang Mohd Yusri bin Haji Dzulkifli, Awang Mel Nizar bin Minggu, Awang Talib bin Budin dan Awangku Amiruddin bin Pengiran Jafaraddin.

Hari Pertolongan Cemas Sedunia disambut setiap tahun dalam minggu pertama dan kedua September dan sambutan pada tahun ini merupakan kali ketiga ia diraikan oleh PBSM semenjak 2016.

Sambutan Hari Pertolongan Cemas 2018 dengan tema ‘Saya tidak perlukan persijilan untuk menyelamatkan nyawa’ amat signifikan kepada pergerakan kemanusiaan sebagai asas utama kepada usaha, peranan dan visi PBSM Negara Brunei Darussalam untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang first aider (Pemberi Pertolongan Cemas) dalam sebuah rumah menjelang 2020.

Football news:

Sulscher on 5:2 with Bournemouth: I am happy with the energy of Manchester United and the goals scored. It was a match for the fans
Rashford on 5-2 with Bournemouth: it's Important to push on until the end of the season. Exciting time
⛔ This is the first League of Armenia was stopped because of dogovornjakah. Banned 5 clubs and 58 people (45-for life)
Greenwood scored 15 goals in a season and became the youngest Manchester United player with such a result in 37 years
Ronaldo has scored 29 (24+5) points in 26 Serie A matches this season
Dybala scored in 5 consecutive Serie A matches
Vardy scored his 100th Premier League goal for Leicester