Brunei Darussalam

‘Tidak perlu sijil selamatkan nyawa’

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Kita tidak perlu mempunyai pensijilan yang diiktiraf atau menjadi seorang pakar pertolongan cemas untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang yang terancam oleh apa jua bentuk kemalangan, kecederaan dan sakit secara tiba-tiba.

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim berkata, pelbagai usaha dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat mempelajari asas pertolongan cemas bukan sahaja semasa darurat atau bencana tetapi juga semasa keadaan aman, terutama dalam berdepan situasi kecederaan kecil dan sakit kronik seperti serangan jantung.

“Dalam hubungan itu, PBSM Negara Brunei Darussalam menerusi Akademi Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada 2016 telah berjaya untuk melatih hampir 3,000 orang dalam pelbagai pensijilan pertolongan cemas,” kata Haji Mohd Suhaimi pada Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau menerangkan Akademi PBSM Negara Brunei Darussalam menawarkan pelbagai modul latihan dan sukatan pelajaran pembelajaran pertolongan cemas yang mengikut standard dan piawaian antarabangsa serta diiktiraf menerusi garis pandu Pusat Rujukan Pertolongan Cemas Global di Paris.

Beliau turut menyatakan hasrat jangka panjang persatuan menerusi wawasan 2020 untuk melatih seramai 5,000 orang first aider pada 2020 dan membudayakan keselamatan dalam masyarakat menjadi satu keutamaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang first aider dalam sebuah rumah pada 2020.

Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin semasa menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Pertolongan Cemas Sedunia di Kementerian Kesihatan, kelmarin.

Sehubungan dengan itu, Haji Mohd Suhaimi berkata bahawa PBSM sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk tampil sama ada menerusi majlis perundingan mukim dan kampung, badan-badan bukan kerajaan, kelab-kelab sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang perseorangan tampil untuk menganjurkan bersama program latihan pertolongan cemas untuk memperkasakan keselamatan umum.

Pada 2018, Akademi PBSM telah memperkenalkan satu modul baharu iaitu pertolongan cemas untuk anak damit dan kanak-kanak.

Modul itu termasuk tentang cara memberikan rawatan pertama dalam kecederaan dan kemalangan yang sering berlaku pada kanak-kanak seperti tercekik, asma dan rawatan suhu badan.

Pada peringkat kanak-kanak sekolah pula, jelasnya, persatuan juga sedang dalam kemas kini akhir modul dan sukatan latihan Program Sekolah Selamat yang akan dilancarkan pada 2019.

Program itu bukan sahaja meliputi aspek pertolongan pertama atau rawatan kecemasan tetapi ia juga merangkumi aspek kesedaran pengurusan bencana dan musibah dalam sekolah serta di sekeliling sekolah.

“Pelajar sekolah akan diketengahkan dengan pelbagai pengetahuan utama seperti ‘mapping hazard’ dan menjadi pemantau kepada kesan bencana yang mudah berlaku di persekitaran sekolah seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan.”

Haji Mohd Suhaimi menyatakan lagi bahawa menjadi keutamaan kepada PBSM untuk aktif dan sepadu dalam menyokong hasrat serta agenda keselamatan yang digariskan oleh institusi kerajaan yang berkepentingan di negara ini.

Oleh itu, persatuan berkenaan akan sentiasa melibatkan diri sebagai pembantu kepada kerajaan, jelasnya lagi.

Football news:

Zaa from crystal Palace showed racist threats from the instagram account. The police detained a 12-year-old (!) schoolboy
Ole Gunnar Solskjaer: no One wins alone, unless you're Maradona
Ocampos on Messi: you Look at him as a God, but he is real. Leo helps the players
Solskjaer on the martial-Rashford-Greenwood trio: Nothing new for Manchester United. Remember Ronaldo, Rooney and Tevez?
Josep Bartomeu: Barcelona have won La Liga 8 times in 11 years. Historic achievement
Lineker on the CAS decision on Manchester City: it's Hard to know what will happen to the FFP rules after this
Holand's busy holidays: first I sawed trees with my father, then I had a fight with a security guard at a night club