Malaysia

1 juta pelitup muka dibuang tiap hari, kata exco Pulau Pinang

Pulau Pinang mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pelitup muka guna semula bagi mengelakkan lebih banyak sampah di tapak pelupusan.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mendedahkan sekurang-kurangnya sejuta pelitup muka sekali guna dibuang setiap hari sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh berkata, walaupun pelitup muka penting bagi mengurangkan penyebaran virus Covid-19, namun ia tidak mesra alam.

“Akhirnya, ini bermaksud lebih banyak sampah di tapak pelupusan kita, yang mana kita perlu kurangkan,” katanya di luar sebuah acara di Rumah St Nicholas di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, negeri itu sedang mempergiatkan projek menggalakkan penggunaan pelitup muka guna semula yang memenuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Phee berkata, Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) dan Persatuan Buddha Butterworth Lay bekerjasama menghasilkan 1,000 pelitup muka guna semula bersama 10 penapis yang sudah diedarkan ke sekolah di negeri itu.

“Kami akan menyediakan bahan itu kepada golongan miskin dan penganggur supaya mereka boleh menghasilkan pelitup muka dan menjualnya.

“Anda boleh mengelarnya industri kampung jika anda mahu. Kalau anda menghasilkan 30 pelitup muka sehari dan menjualnya pada harga RM10 setiap satu, anda akan peroleh pendapatan memuaskan.”

Katanya, kebimbangan lain termasuk pembuangan peralatan perlindungan diri (PPE) plastik, yang menurutnya boleh digantikan bahan berasaskan kain.

“Daripada kemudahan perubatan hingga tukang gunting rambut, ada banyak PPE dibuang. Apron guna semula ialah pilihan terbaik.”

Football news:

Van de Beek on trophies: Manchester United will fight for everything
Koeman feels the mistrust because of the situation in Barcelona (Marca)
Manchester United may lose over 100 million pounds due to the coronavirus by the end of the year
Candreva agreed a 3+1 contract with Sampdoria. Salary - 1.7 million euros excluding bonuses
Zlatan Ibrahimovic: The coronavirus had the courage to challenge me. Bad idea
Leeds United confirmed the transfer Llorente. The Sociedad defender was paid 18 million pounds
Bartomeu - Suarez: I want to organize a farewell match. Barcelona will always be your home