Malaysia

104 kandas di KLIA, lambat dihantar ke pusat kuarantin

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pihak urusetia mengambil tindakan segera menghantar mereka yang terjejas dalam kumpulan kecil ke hotel lain sedia ada.

PETALING JAYA: Seramai 104 penumpang yang tiba dari luar negara terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lambat dihantar ke stesen kuarantin dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kejadian itu berlaku berikutan sebuah pesawat mendarat di KLIA tiada dalam jadual asal, hanya 13 penerbangan membabitkan kemasukan dari luar negara semalam.

“Semalam terdapat sekumpulan individu yang terkandas di KLIA kerana tidak dihantar ke stesen kuarantin dalam masa ditetapkan.

“Selepas diteliti, daripada 13 penerbangan yang mendarat di KLIA, terdapat 1 pesawat yang tiada dalam jadual asal mendarat di KLIA dan membawa 104 penumpang.

“Penghantaran individu terbabit ke stesen kuarantin tergendala seketika kerana menunggu persiapan hotel untuk menerima bilangan individu yang besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, pihak urusetia mengambil tindakan segera menghantar mereka yang terjejas dalam kumpulan kecil ke hotel lain sedia ada.

“Pihak urusetia juga memastikan makanan ringan dan minuman disediakan sepanjang proses itu. Kumpulan terakhir ditempatkan di stesen kuarantin pada jam 10 malam.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menambah baik penyelarasan bersama Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri yang bertindak sebagai sekretariat di peringkat negeri dalam aspek pengurusan stesen kuarantin,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, semalam pihak polis mengadakan 520 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing.

“PDRM bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi,” katanya.

Selain itu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 701 premis perniagaan.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh,” katanya.

Katanya, pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga melakukan 1,289 pemeriksaan khas pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,283 premis mematuhi SOP ditetapkan manakala 6 premis pula diberi amaran dan nasihat kerana tidak patuh SOP.

Football news:

Giggs about Manchester United: Palace were better and wanted to win more strongly. They could have scored more
Manchester United have spoken to Teles' agents. The player will insist on leaving Porto
Andy Robertson: everybody was saying that we will never get around the city. Last season we proved everything
Manchester City will pay around 50 million euros for Sevilla defender Kunde
English clubs doubt that you need to get down on one knee before every match. They believe that this action loses its meaning
Gundogan about the APL: It's hard to score 100 or 98 points every year, but we need to if we want to fight for all the titles
Havertz on Klopp: a Great coach. He has achieved a lot at Liverpool, but is hungry to win and wants to win even more