Malaysia

5 wanita ditahan di pusat urut dalam Op Noda

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata 4 warga asing itu direman selama 14 hari bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

KUALA LUMPUR: Polis menahan 4 wanita warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Jalan PJU 5/20 The Strand Kota Damansara, Petaling Jaya, kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan imigresen, semalam.

Tanpa mendedahkan perincian warganegara 4 wanita warga asing itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, serbuan dijalankan anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi Op Noda pada 7.30 malam.

“Serbuan dibuat kerana premis (itu) disyaki menggunakan khidmat tukang urut pekerja asing. Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun dipercayai penjaga premis terbabit.

“Polis juga menahan 4 wanita warga asing berusia 25 hingga 40 tahun sebagai pekerja tukang urut di dalam premis dan merampas sekeping kertas catatan jadual kerja pekerja terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, 4 warga asing itu direman selama 14 hari bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“Wanita warga tempatan tersebut pula direman sehari dan disiasat bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji dan membenarkan warga asing tidak memiliki pas pekerjaan sah bekerja di premis,” katanya.

Football news:

Maguire scored the 2nd goal for Manchester United in the Premier League and the first since February
Tonali passes poorly, fails in defense and loses the competition in Milan, and Pirlo calls him perfect and puts him above himself
Edouard Mendy: I am Chelsea's first African goalkeeper. It's a big responsibility
Marcelo will not play Betis due to back discomfort
We want to make sports shopping better. Become a part of our research focus group!
Claudio Bravo: In Barca and Manchester City, the goalkeeper should be a Central defender
Barca were offered Cavani and Dzeko. The club rejected them