Malaysia

ADB jangka ekonomi Malaysia susut 4% tahun ini

ADB berkata, permintaan luaran negara dijangka lemah berikutan rakan dagang Malaysia terus bergelut dengan impak daripada Covid-19.

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka susut sebanyak 4.0% pada tahun ini sebelum pulih untuk berkembang sebanyak 6.5% pada 2021, menurut Bank Pembangunan Asia (ADB).

Dalam laporan Tambahan Prospek Pembangunan Asia yang dikeluarkan hari ini, ADB berkata, permintaan luaran negara dijangka lemah berikutan rakan dagang terus bergelut dengan impak daripada Covid-19.

“Pertumbuhan di Malaysia merosot kepada hanya 0.7% tahun ke tahun pada suku pertama 2020.

“Memandangkan pandemik Covid-19 menjejaskan rantaian bekalan global pada suku pertama, eksport barangan dan perkhidmatan susut 7.1%, dan pelaburan turut merosot berikutan pelaburan awam dan swasta, masing-masing turun 11.3% dan 2.3%,” katanya.

Bagaimanapun katanya, penggunaan kekal sebagai perkara yang baik dalam ekonomi, naik sebanyak 6.5% berikutan penggunaan awam yang kukuh mengimbangi penggunaan swasta yang lemah.

“Namun, dengan pergerakan di seluruh negara yang disekat sejak 18 Mac untuk memerangi penularan Covid-19, penggunaan domestik dijangka susut pada suku kedua,” katanya.

Laporan itu menyatakan negara Asia Tenggara mencatatkan penurunan dalam penggunaan, pelaburan dan perdagangan berikutan langkah memerangi Covid-19, manakala semua ekonomi subrantau merosot di bawah sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung pandemik tersebut.

“Ekonomi terbuka Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam terjejas oleh kemerosotan permintaan dan perdagangan global.

“Selain itu, ketibaan pelancong jatuh berikutan sekatan perjalanan yang ketat dan keperluan kepada kuarantin; menjejaskan industri penerbangan, perhotelan dan peruncitan,” katanya.

Walaupun banyak negara di subrantau ini mula melonggarkan sekatan, ADB berkata, keyakinan pengguna yang rendah boleh menghalang pemulihan ekonomi, manakala permintaan luaran dijangka terus suram sepanjang tahun ini berikutan penguncupan ekonomi global.

Sementara itu, laporan tersebut menyatakan Malaysia dijangka mencatatkan deflasi sebanyak 1.5% pada 2020 berikutan harga minyak yang dijangka kekal rendah, sebelum kembali kepada inflasi sebanyak 2.5% pada tahun depan.

“Unjuran inflasi untuk Asia Tenggara disemak semula kepada 1.0% pada 2020 dan diselaraskan kepada 2.3% pada 2021,” katanya.

ADB berkata, harga minyak global menyebabkan harga bahan api dan tenaga domestik merosot, terutamanya di Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam, berikutan kejatuhan kos pengangkutan disebabkan penurunan harga petrol.

Football news:

Belotti is the first Torino player in 43 years to score at least 15 goals in two consecutive seasons
Martial became the tenth Manchester United player to score 50 goals in the Premier League
Atletico and Sevilla entered the Champions League, Villarreal lost chances
Annibale Frossi – the forgotten legend of Inter. Played in huge glasses, scored at the Hitler Olympics and narrowly escaped the war in Ethiopia
Sane had his first training session in Bayern
Manchester United have made the same starting line-up in five consecutive Premier League games for the first time in 27 years
Klopp wants to work for the German national team. The DFB is also Interested in it