Malaysia

Bekas ahli SPR dilantik sebagai pengerusi Tourism Malaysia

Pengerusi baru Tourism Malaysia Ramlan Ibrahim berkata, beliau akan bekerja rapat dengan pemegang taruh dalam usaha memajukan negara sebagai destinasi utama pelancong di Asia Tenggara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas diplomat dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari ini.

Bernama melaporkan Ramlan merupakan ahli SPR dari Februari 2019 sehingga beliau meletakkan jawatan pada penghujung bulan lepas.

Beliau menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983 dan pernah bertugas dalam pelbagai kapasiti di kedutaan Malaysia di Jakarta, Belanda dan Zagreb, Croatia.

Ramlan dilantik sebagai penolong pesuruhjaya tinggi ke Singapura pada 2001, duta ke Bosnia Herzegovina pada 2004 dan duta ke Republik Korea pada 2009.

Pada 2015 beliau dilantik sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, menurut laporan itu lagi.

Beliau dilantik sebagai ketua setiausaha Kementerian Luar pada 2019.

Ramlan berkata, beliau akan bekerja rapat dengan pengurusan dan pegawai Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, industri pelancongan dan media dalam usaha memajukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong di Asia Tenggara.

Football news:

Akanji about 0:2 from Augsburg: Borussia showed too little in attack and defense
Hummels 0:2 in Augsburg: Borussia played well in many aspects, but did not create enough chances
Schalke have not won the Bundesliga in 18 consecutive rounds. The total score of the first two games of the season is 1:11
Real won with the help of VAR and decommissioned forwards. Jovic earned a penalty, mayoral a penalty
Robles on refereeing the match with Real Madrid and VAR: dubious episodes are always Interpreted in favor of top clubs
Conte on 4:3 with Fiorentina: impressed with Inter's attack. We didn't have enough balance, we paid for it
Zidane about 3:2 with Betis: real can get better and will. A difficult game, but we believed in winning until the end