Malaysia

Covid-19: Singapura tingkat peraturan, pelawat wajib pakai alat pemantauan elektronik

Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus perlu memakai alat pemantauan elektronik untuk tempoh 14 hari. (Gambar AP)

SINGAPURA: Ketika Singapura mula membuka pintu sempadan negaranya kepada pelawat antarabangsa secara berperingkat, republik berkenaan akan memperkenalkan langkah tambahan untuk meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan notis duduk di rumah (SHN) yang bertujuan menyekat penularan Covid-19 oleh pelawat kepada komuniti setempat.

Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus SHN (SDF), perlu memakai alat pemantauan elektronik sepanjang SHN untuk tempoh 14 hari.

Peraturan ini wajib dipatuhi rakyat Singapura, pemastautin tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungannya.

Demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE), dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, individu yang berumur 12 tahun ke bawah akan dikecualikan daripada syarat berkenaan.

Sejak 21 Mac lepas, semua pelawat yang masuk wajib menjalani peraturan SHN selama 14 hari, sebaik berada di republik itu

Pelawat boleh sama ada mematuhi regim SHN di kediaman mereka atau menjalaninya di SDF serta menjalani ujian Covid-19 di kemudahan ujian komuniti yang ditetapkan, sebelum tamat tempoh SHN mereka.

Menurut kenyataan itu, sebaik tiba di Singapura, pelawat yang menjalani SHN di kediaman mereka akan diberikan alat pemantauan elektronik di pusat pemeriksaan, selepas melalui pemeriksaan imigresen.

“Mereka perlu mengaktifkan alat pemantauan elektronik berkenaan selepas tiba di kediaman mereka,” katanya.

Bagi yang gagal berbuat demikian, termasuk individu yang mengganggu atau mengeluarkan alat pemantauan elektronik selama tempoh SHN, boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Penyakit Berjangkit (Covid-19) Peraturan Perintah Tinggal Di Rumah) 2020.

Denda boleh dikenakan sehingga S$10,000 dan atau penjara sehingga 6 bulan, menurut kenyataan itu.

Bagi rakyat asing, mereka perlu maklum bahawa pihak ICA atau MOM akan mengenakan tindakan pentadbiran lanjut, seperti membatal atau memendekkan tempoh permit dan pas untuk tinggal atau bekerja di Singapura.

Football news:

Director Of Intera: We are not negotiating a transfer for Kante. Inter Sporting Director Piero Ausilio commented on the Interest in Chelsea midfielder Ngolo Kante and the possible transfer of defender Milan Skrinjar to Tottenham
Lampard 3-3 with West Brom: Chelsea lost two points, we showed character. This is a big lesson for us
Abraham on 3-3 with West Brom: Chelsea made some mistakes that are unacceptable at this level
In 2011, Abramovich bought 50% of the rights to the player who played against Chelsea in the Champions League. But there will be no consequences
Chelsea have conceded the most away goals in the Premier League since the start of last season - 42
Koeman convinces BarSU to buy Depay. Barcelona manager Ronald Koeman still wants to see Lyon forward Memphis Depay in the team
Hasselbaink on Tiago Silva: He's still a little out of shape. Surprised to see him start