Malaysia

Di mana ahli Parlimen Sungai Buloh? soal pemuda PKR

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Syed Badli Shah Syed Osman berkata pendedahan dibuat Mohd Asri Hamid mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri dan ketua polis negara. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Syed Badli Shah Syed Osman mempersoalkan ke mana hilangnya ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa ketika kawasan berkenaan dilanda kontroversi berikutan pendedahan video lambakan kedai judi dan peniaga tanpa lesen oleh pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut baru-baru ini.

“Adakah beliau langsung tidak tahu bahawa kawasan beliau terdapat banyak kedai judi haram seperti didedahkan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badli berkata, pendedahan dibuat Asri mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Menteri Dalam Negeri dan ketua polis negara.

Katanya, tindakan drastik khususnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membersihkan kawasan berkenaan daripada lambakan kedai tanpa lesen itu sedikit sebanyak menggusarkan peniaga dan penjaja kecil.

“Kesan tindakan ini menyaksikan terdapat segelintir peniaga dan penjaja kecil yang mencari rezeki di kawasan berkenana kini terjejas mata pencarian.

“Adakah selama ini ahli Parlimen Sungai Buloh tidak menyedari terdapat ramai peniaga kecil yang perlu dibantu khususnya untuk mempermudahkan mereka mendapatkan lesen perniagaan?” katanya.

Justeru, beliau mencadangkan kepada ahli Parlimen Sungai Buloh untuk memanggil sebilangan peniaga kecil yang terjejas termasuk Asri bagi mengenal pasti masalah dan menghulurkan bantuan sesuai.

“Saya juga berharap beliau mula turun ke kawasan berkenaan bagi menyantuni masalah rakyat,” katanya.

Football news:

Zidane on Jovic's future: anything can happen. I can't say anything until the window closes
Flick on Bayern's Interest in Kramaric: I know him well, but I haven't heard anything about it
We have three clubs in this group stage of the Champions League. How did campaigns with two end up?
Solskjaer on transfers: No news. Working with what we have, Manchester United have a big squad
Guardiola confirmed that Zinchenko will stay at Manchester City
Bayern won 5 trophies in a year. To repeat the record Barca need to take another
Flick took 5 trophies with Bayern after 40 matches